Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 8:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada bulan ketujuh orang Israel telah tinggal di kota masing-masing. Maka berkumpullah seluruh rakyat secara serentak di lapangan, di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta Ezra, ahli Kitab Suci itu, membawa Kitab Suci Taurat yang telah disampaikan TUHAN melalui Musa kepada Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada bulan ketujuh, orang Israel telah menetap di kota masing-masing. Pada hari pertama bulan itu, mereka semua berkumpul di Yerusalem, di lapangan dekat Pintu Gerbang Air. Mereka minta supaya kitab Taurat diambil oleh Imam Ezra, seorang ahli dalam Taurat yang diberikan TUHAN kepada Israel melalui Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 8:1
25 Iomraidhean Croise  

lalu mereka bersama-sama pergi ke Rumah TUHAN. Mereka disertai oleh para imam, nabi-nabi, dan segenap rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin. Di hadapan mereka semua, raja membacakan seluruh kandungan kitab perjanjian yang telah ditemui di dalam Rumah TUHAN.


Hilkia berkata kepada Safan, “Saya telah menemui kitab Taurat di dalam Rumah TUHAN.” Lalu dia memberikan kitab itu kepada Safan,


lalu mereka bersama-sama pergi ke Rumah TUHAN. Mereka disertai para imam, orang Lewi dan segenap rakyat, baik yang kaya mahupun yang miskin. Di hadapan mereka semua, raja membacakan seluruh kandungan kitab perjanjian itu, yang telah ditemui di dalam Rumah TUHAN.


Bertahun-tahun kemudian, apabila Raja Artahsasta menjadi raja Persia, ada seorang lelaki bernama Ezra. Dia seorang daripada keturunan Harun, Imam Agung itu, dan salasilahnya adalah seperti berikut: Ezra anak Seraya, anak Azarya, anak Hilkia,


Ezra telah mengabdikan hidupnya untuk mengkaji Taurat TUHAN, melakukannya serta mengajarkan segala ketetapan dan hukumnya kepada bangsa Israel.


Raja Artahsasta memberi Ezra, imam dan pakar Taurat itu, dokumen berikut:


Ezra seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam Taurat yang diberikan oleh TUHAN, Allah Israel, kepada Musa. Raja memberikan apa sahaja yang diminta oleh Ezra kerana Ezra diberkati TUHAN, Allahnya. Pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta, Ezra berangkat dari negeri Babilonia ke Yerusalem bersama-sama sekumpulan orang Israel, termasuk beberapa orang imam, orang Lewi, penyanyi, serta pengawal pintu Rumah TUHAN, dan para pekerja.


Semua orang itu hidup pada zaman Yoyakim anak Yesua, cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu.


Di pintu Gerbang Mata Air, mereka menaiki tangga yang menuju ke Kota Daud. Mereka melalui istana Daud lalu balik ke tembok di Pintu Gerbang Air, di bahagian timur kota itu.


Kemudian rakyat pun pergi mengambil dahan-dahan dan membina pondok-pondok di atas bumbung rata rumah mereka, di halaman rumah, di halaman Rumah TUHAN, dan di padang dekat Pintu Gerbang Air, dan di padang dekat Pintu Gerbang Efraim.


Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.


Hendaklah kamu menjawab, “Dengarkan ajaran TUHAN! Orang yang tidak berkata-kata sesuai dengan ajaran itu, tidak mempunyai harapan.”


Mereka membawa semua yang sudah diperintahkan oleh Musa ke hadapan Khemah TUHAN, dan segenap umat itu berkumpul di situ untuk menyembah TUHAN.


Ingatlah ajaran hamba-Ku Musa. Ingatlah hukum dan perintah yang Kuberikan kepadanya di Gunung Sinai untuk ditaati semua orang Israel.


Yesus berkata pula, “Oleh itu setiap guru Taurat yang telah menerima ajaran tentang Pemerintahan Allah, bagaikan pemilik rumah yang mengeluarkan benda baru dan benda lama dari stornya.”


“Alangkah malangnya kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang menikmati Pemerintahan Allah. Bukan sahaja kamu tidak mahu menikmati Pemerintahan Allah, bahkan kamu menghalang orang yang berusaha menikmatinya. [


“Guru Taurat dan orang Farisi diberikan kuasa untuk mentafsirkan Taurat Musa.


Ketahuilah bahawa Aku akan mengutus nabi, orang bijak, dan guru kepada kamu. Kamu akan membunuh beberapa orang antara mereka dan menyalibkan yang lain. Kamu akan menyesah yang lain di dalam rumah ibadat, dan mengejar mereka dari satu kota ke kota lain.


Bacalah Taurat ini bagi umat Israel apabila mereka datang untuk menyembah TUHAN, Allah kamu di satu tempat ibadat itu.


Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.


Semua orang yang berkumpul di situ berdiri, lalu dengan serentak mereka berkata, “Tidak seorang pun daripada kita akan pulang ke khemah atau ke rumah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan