Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 7:65 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

65 Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

65 Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

65 Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 7:65
16 Iomraidhean Croise  

Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.


Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:


Jumlah orang buangan yang pulang ke negeri mereka adalah 42,360 orang. Selain mereka, pulang juga pembantu mereka, lelaki dan perempuan sejumlah 7,337 orang, dan para penyanyi, lelaki dan perempuan sejumlah 245 orang. Mereka juga membawa binatang mereka: kuda - 736 baghal - 245 unta - 435 keldai - 6,720


Banyak orang yang memberikan sumbangan untuk menanggung biaya perbaikan Rumah TUHAN: Gabenor: - 8 kilogram emas - 50 mangkuk upacara - 530 jubah imam Pemimpin puak: - 168 kilogram emas - 1,250 kilogram perak Rakyat: - 168 kilogram emas - 140 kilogram perak - 67 jubah imam


Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis.


Letakkan Urim dan Tumim dalam penutup dada itu supaya dapat dibawa oleh Harun apabila dia masuk ke hadirat-Ku yang suci. Pada saat-saat seperti itu dia mesti sentiasa memakai penutup dada itu untuk mengetahui kehendak-Ku bagi umat Israel.”


Lebihan korban itu untuk para imam. Korban ini sangat suci kerana diambil daripada makanan yang sudah dipersembahkan kepada TUHAN.


Lebihan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN itu adalah bagi para imam. Korban ini sangat suci kerana diambil daripada makanan yang sudah dipersembahkan kepada TUHAN.


Musa juga mengenakan penutup dada pada Harun lalu memasukkan Urim dan Tumim ke dalam penutup dada itu.


Yosua harus minta petunjuk daripada Imam Eleazar, dan Eleazar mesti menanyakan kehendak-Ku dengan menggunakan Urim dan Tumim. Dengan cara ini Eleazar akan memberikan petunjuk kepada Yosua dan segenap umat Israel dalam segala perkara yang dihadapi mereka.”


Tentang suku Lewi, dia berkata, “Ya TUHAN, nyatakanlah kehendak-Mu melalui Urim dan Tumim, dengan perantaraan orang Lewi, hamba-hamba-Mu yang setia. Engkau telah menguji mereka di Masa, dan membuktikan kesetiaan mereka di mata air Meriba.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan