Nehemia 7:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.
1 Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.
Oleh itu mereka meninggalkan perkhemahan orang Siria dan kembali ke Samaria. Mereka berseru kepada pengawal-pengawal di pintu kota, “Kami telah pergi ke perkhemahan orang Siria, tetapi kami tidak nampak atau dengar sesiapa pun. Kuda dan keldai mereka masih terikat pada tempatnya, dan perkhemahan itu ditinggalkan begitu sahaja.”
Raja Hizkia mendirikan semula kumpulan para imam dan orang Lewi. Tiap-tiap kumpulan diberikan tugas tertentu, termasuk tugas membakar korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, mengambil bahagian dalam upacara ibadat di Rumah TUHAN, dan memuji serta mengucap syukur di beberapa tempat di dalam Rumah TUHAN.
Pada bulan kedua, dalam tahun kedua selepas orang Israel kembali ke Yerusalem, mereka mulai membina semula Rumah TUHAN. Zerubabel, Yesua dan orang sebangsa mereka, para imam dan orang Lewi, pendek kata, semua orang bekas buangan, ikut bekerja. Semua orang Lewi yang berusia 20 tahun ke atas ditugaskan untuk mengawasi pembinaan Rumah TUHAN.
Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.
Di pekan-pekan dan kota-kota lain, rakyat Israel, para imam, orang Lewi, para pekerja Rumah TUHAN, dan keturunan hamba-hamba Salomo tinggal di kota dan di tanah masing-masing. Berikut adalah senarai nama orang kenamaan dari wilayah Yehuda yang tinggal di Yerusalem:
Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.
Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.
Walaupun Tobia terus-menerus menulis surat kepadaku untuk menakut-nakutkan aku, namun di hadapanku para pemimpin Yahudi itu menyebut-nyebut segala kebaikan Tobia. Selain itu, semua yang aku katakan dilaporkan mereka kepada Tobia.