Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Oleh itu Sanbalat dan Gesyem mengirim pesan kepadaku, meminta supaya aku menemui mereka di salah satu kampung di Lembah Ono, tetapi aku tahu bahawa mereka mahu mencelakakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 maka Sanbalat dan Gesyem mengutus orang kepadaku dengan pesan, “Mari kita mengadakan pertemuan di salah sebuah kampung di Lembah Ono.” Tetapi mereka berniat mencederakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Oleh itu Sanbalat dan Gesyem mengirim pesan kepadaku, meminta supaya aku menemui mereka di salah satu kampung di Lembah Ono, tetapi aku tahu bahawa mereka mahu mencelakakan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:2
15 Iomraidhean Croise  

Yoab berkata kepada Amasa, “Apa khabar, saudara?” Sementara itu Yoab memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya untuk mencium dia.


Sebaik sahaja Abner tiba di Hebron, Yoab mengajak dia ke pinggir pintu gerbang, seolah-olah dia hendak bercakap bersendirian dengannya. Tiba-tiba Yoab menikam perut Abner sampai dia mati. Demikianlah Abner mati dibunuh oleh Yoab untuk membalas dendam terhadap pembunuhan Asael, adiknya.


Elpaal mempunyai tiga orang anak lelaki: Eber, Misam, dan Semed. Semed ialah pembina kota Ono dan Lod, serta pekan-pekan di sekitar.


Lod, Ono, dan di Lembah Tukang.


Beberapa bahagian tembok berikutnya diperbaiki oleh para imam dalam urutan ini: Imam-imam yang tinggal di sekitar Yerusalem membina bahagian tembok yang selanjutnya;


Oleh itu aku mengirim jawapan ini kepada mereka, “Saya sedang menjalankan pekerjaan penting; oleh itu saya tidak dapat datang. Saya tidak mahu pekerjaan ini tergendala hanya untuk menemui tuan.”


Tolonglah kami, ya TUHAN, kerana tidak ada lagi orang yang baik; orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.


Orang jahat berkomplot menentang orang baik dan memandang mereka dengan benci.


Orang jahat mengawasi orang baik serta mencari kesempatan untuk membunuh mereka;


Aku faham juga mengapa orang bekerja keras supaya berjaya; mereka iri hati terhadap jiran mereka. Tetapi itu sia-sia sahaja. Keadaan mereka seperti orang yang mengejar angin.


Ismael dan sepuluh orang yang bersertanya itu menghunus pedang lalu membunuh Gedalya.


Maka mereka semua datang berkumpul dan sebagai umat-Ku mereka mendengar engkau, tetapi mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh. Mereka mengucapkan kata-kata manis, tetapi hati mereka hanya memikirkan keuntungan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan