Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Apabila musuh-musuh kami dari negeri-negeri jiran mendengar hal itu, mereka sedar bahawa mereka telah dipermalukan, kerana setiap orang tahu bahawa pekerjaan itu dilakukan dengan pertolongan Allah sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

16 Apabila hal itu terdengar oleh semua musuh kami dan semua bangsa di sekeliling kami melihatnya, maka takutlah mereka. Begitu tebal muka mereka setelah menyedari bahawa dengan bantuan Allah kami, pekerjaan itu telah dilaksanakan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Apabila musuh-musuh kami dari negeri-negeri jiran mendengar hal itu, mereka sedar bahawa mereka telah dipermalukan, kerana setiap orang tahu bahawa pekerjaan itu dilakukan dengan pertolongan Allah sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:16
16 Iomraidhean Croise  

Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah.


Apabila Sanbalat mendengar bahawa kami orang Yahudi sudah mula memperbaiki tembok kota, dia sangat marah dan mula mengolok-olok kami.


Ketika Sanbalat, Tobia, orang Arab, orang Amon, dan orang Asdod mendengar bahawa pekerjaan memperbaiki tembok Yerusalem itu maju dengan pesat, dan bahawa lubang-lubang pada tembok itu sudah ditutup, mereka naik berang.


Selama itu, para pemimpin orang Yahudi masih juga berhubungan dengan Tobia melalui surat-menyurat.


Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu, bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.


Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, “TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.”


Biarlah setiap orang yang membenci Sion dikalahkan dan dipukul mundur.


TUHAN sedang memulihkan Yerusalem; Dia sedang membawa orang Israel kembali dari pembuangan.


Dia menyebabkan roda-roda kereta kuda mereka tersekat sehingga susah bergerak. Orang Mesir berkata, “TUHAN memihak orang Israel untuk menentang kita. Marilah kita lari dari sini!”


Yerusalem akan menjadi kegembiraan, kehormatan, dan kebanggaan-Ku. Semua bangsa di dunia akan takut dan gentar, apabila mendengar tentang segala kebaikan yang Aku lakukan untuk penduduk Yerusalem, dan tentang kemakmuran yang Aku berikan kepada kota itu.”


Tiada mantera ataupun ilmu sihir yang dapat menentang Israel. Orang akan berkata tentang Israel, ‘Lihatlah perbuatan Allah bagi mereka!’


Oleh itu tentang perkara ini sekarang, saya cadangkan supaya jangan ambil tindakan apa-apa terhadap semua orang itu. Biarkan mereka pergi. Jika apa yang dicadangkan dan dilakukan mereka itu daripada manusia, maka semuanya akan lenyap.


Kami ketakutan sebaik saja kami mendengar hal itu. Kami sudah hilang keberanian kerana kamu. TUHAN, Allah kamu sesungguhnya Allah yang berkuasa di langit dan di bumi.


dan berkata kepada mereka, “Aku tahu bahawa TUHAN telah memberikan tanah ini kepada kamu. Semua orang di negeri ini takut kepada kamu.


Semua raja orang Amori di sebelah barat Sungai Yordan dan semua raja orang Kanaan di sepanjang pantai Laut Tengah mendengar bahawa TUHAN telah mengeringkan Sungai Yordan sehingga umat Israel sudah menyeberanginya. Raja-raja itu takut dan hilang semangat kerana umat Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan