Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Aku berdoa, “Ya Allah, ingatlah akan apa yang dilakukan oleh Tobia dan Sanbalat. Hukumlah mereka. Ingatlah juga Noaja, nabi perempuan itu dan semua nabi lain yang cuba menakut-nakutkan aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Ya Allahku, ingatlah Tobia dan Sanbalat menurut apa yang dilakukan mereka, juga Nabiah Noaja dan nabi-nabi lain yang mahu menakut-nakutkan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Aku berdoa, “Ya Allah, ingatlah akan apa yang dilakukan oleh Tobia dan Sanbalat. Hukumlah mereka. Ingatlah juga Noaja, nabi perempuan itu dan semua nabi lain yang cuba menakut-nakutkan aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:14
26 Iomraidhean Croise  

Ya Allah, ingatlah bagaimana semua orang itu mencemarkan jawatan imam dan perjanjian yang sudah Engkau buat dengan para imam dan orang Lewi.


Aku memohon kepada-Mu, ya Allah, ingatlah akan semua kebajikan yang sudah aku lakukan bagi bangsa ini, dan berkatilah aku.


Ingatlah, ya TUHAN, apa yang dilakukan orang Edom, pada waktu Yerusalem ditawan. Ingatlah bagaimana mereka berkata, “Robohkanlah Yerusalem sampai musnah sama sekali!”


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Rusa di Kala Fajar. Mazmur Daud.


Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda.


Kemudian Miryam, seorang nabi, iaitu kakak Harun, mengambil tamburinnya. Lalu semua wanita ikut memukul tamburin sambil menari.


Nabi-nabi berkata demi nama-Ku bahawa negeri ini tidak akan ditimpa peperangan atau kebuluran, padahal Aku tidak menyuruh mereka mengatakan hal itu. Aku, TUHAN memberitahu engkau, apa yang akan Kulakukan terhadap nabi-nabi itu. Aku akan membunuh mereka dengan peperangan dan kebuluran.


Apabila aku pergi ke padang, aku nampak mayat mangsa perang. Apabila aku pergi ke kota, aku nampak orang hampir mati kelaparan. Nabi dan imam menjalankan kewajipan tanpa mengerti apa yang dilakukan.”


Pada tahun itu juga, pada bulan kelima tahun keempat pemerintahan Raja Zedekia, Hananya anak Azur, seorang nabi dari kota Gibeon, berkata-kata kepadaku di Rumah TUHAN. Dia memberitahu aku di hadapan para imam dan rakyat


Kemudian Hananya mengambil kok dari tengkukku, lalu mematahkannya.


Kemudian aku menyampaikan firman itu kepada Hananya, lalu aku berkata lagi, “Dengarlah, hai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau; engkau menyebabkan bangsa ini mempercayai dusta.


Lalu banyak nabi palsu akan muncul dan menipu banyak orang.


Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu.


“Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas.


Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah juga semua orang ini menentang ajaran Allah. Fikiran mereka rosak dan iman mereka hancur.


Jika kamu melihat seorang saudara seiman melakukan dosa yang tidak mengakibatkan orang itu kehilangan hidup sejati dan kekal, hendaklah kamu berdoa kepada Allah supaya memberi dia hidup itu. Hal ini berkenaan dengan orang yang dosa mereka tidak mengakibatkan mereka kehilangan hidup itu. Tetapi ada dosa yang mengakibatkan orang kehilangan hidup itu. Aku tidak berkata bahawa kamu harus berdoa kepada Allah tentang hal itu.


Tetapi binatang itu ditawan bersama-sama nabi palsu yang telah melakukan mukjizat di hadapannya. (Dengan mukjizat itulah binatang itu menipu orang yang mempunyai tanda binatang itu, dan orang yang menyembah patung binatang itu.) Binatang itu dan nabi palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam lautan api yang bernyala-nyala dengan belerang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan