Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Aku sedar bahawa dia bukan diutus Allah. Nubuat itu diucapkannya terhadap aku setelah diupah oleh Tobia dan Sanbalat,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:12
20 Iomraidhean Croise  

Tetapi aku menjawab, “Bukanlah kebiasaanku untuk lari dan bersembunyi. Sebagai orang awam aku tidak boleh masuk ke Bilik Suci, nanti aku mati. Tidak, aku tidak mahu!”


Mereka mengupah dia untuk menakut-nakutkan aku supaya aku mengikuti cadangan mereka, dan aku berdosa. Dengan demikian mereka mendapat kesempatan untuk memburukkan namaku dan mempermalukan aku.


Mereka seperti anjing yang rakus; tidak puas-puas makan. Mereka tidak mempunyai pengertian; masing-masing berbuat sesuka hati dan mencari keuntungan diri sendiri.


Tetapi TUHAN menjawab, “Nabi-nabi itu berdusta demi nama-Ku; Aku tidak mengutus mereka, dan tidak juga memberikan perintah atau berfirman kepada mereka. Penglihatan-penglihatan yang diceritakan mereka itu bukan daripada-Ku. Mereka meramalkan hal-hal yang tidak berguna, yang dikarang mereka sendiri.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada penduduk Yerusalem, “Jangan dengarkan perkataan nabi-nabi yang sentiasa memberikan harapan kosong belaka. Mereka hanya menyampaikan khayalan sendiri dan bukan perkhabaran daripada-Ku.


Aku tahu semua yang dikatakan oleh nabi-nabi itu. Demi nama-Ku mereka berdusta bahawa perkhabaran-Ku telah diterima mereka melalui mimpi.


Kemudian aku menyampaikan firman itu kepada Hananya, lalu aku berkata lagi, “Dengarlah, hai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau; engkau menyebabkan bangsa ini mempercayai dusta.


Kamu menghina Aku di hadapan umat-Ku untuk mendapat hanya beberapa genggam barli dan beberapa ketul roti. Orang yang tidak patut mati, kamu bunuh sedangkan orang yang tidak patut hidup, kamu biarkan hidup. Lalu kamu berdusta kepada umat-Ku dan mereka percaya kepada kamu.’ ”


Dengan dusta kamu itu kamu menawarkan hati orang baik, yang Aku tidak mahu apa-apakan. Kamu menggalakkan orang jahat supaya terus melakukan kejahatan sehingga mereka tidak dapat diselamatkan.


Aku berfirman kepada mereka: Penglihatan kamu itu palsu, dan ramalan kamu itu dusta belaka. Kamu berkata bahawa semua itu firman-Ku, padahal Aku tidak berfirman kepada kamu!”


Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”


Aku tidak pernah mengingini wang atau pakaian sesiapa pun.


Kepada yang lain, Roh Allah mengurniakan kuasa untuk melakukan mukjizat, dan kepada yang lain pula, Roh itu memberikan kurnia untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah. Kepada yang lain pula, Roh Allah mengurniakan kebolehan untuk membeza-bezakan kurnia yang daripada Roh Allah dan yang bukan daripada Roh Allah. Ada pula yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib, dan ada juga yang dapat menerangkan erti bahasa-bahasa itu.


Sesiapa yang mempunyai Roh Allah dapat menilai segala sesuatu, tetapi tiada seorang pun dapat menilai orang itu.


dan bukan seorang pemabuk yang suka berkelahi. Sebaliknya, dia mesti lemah-lembut dan suka akan kedamaian. Dia tidak boleh tamak akan wang.


Hal itu demikian kerana seorang pemimpin jemaah bertugas mengurus pekerjaan Allah. Oleh itu dia haruslah tidak bercela. Dia tidak boleh sombong ataupun cepat marah, atau pemabuk, atau suka berkelahi, ataupun tamak akan wang.


supaya kamu menjaga jemaah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, seperti gembala menjaga kawanan domba. Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu hanya untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya.


Guru-guru palsu ini tamak; mereka mencari keuntungan dengan jalan menceritakan cerita-cerita rekaan mereka sendiri kepada kamu. Sejak dahulu Allah telah menjatuhkan hukuman kepada mereka, dan kebinasaan yang telah ditetapkan-Nya menunggu-nunggu mereka.


Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat.


tidak seorang pun membeli kayu manis, rempah-rempah, setanggi, mur, dan kemenyan; tidak seorang pun membeli wain dan minyak, tepung dan gandum, lembu dan domba, kuda dan pedati, abdi dan tawanan perang sekalipun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan