Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 6:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Kira-kira pada waktu itu aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya, iaitu cucu Mehetabeel, kerana dia tidak dapat datang berjumpa dengan aku. Dia berkata kepadaku, “Kita berdua mesti bersembunyi di Bilik Suci di dalam Rumah TUHAN dan mengunci semua pintu, kerana ada orang yang hendak membunuh tuan. Bila-bila sahaja pada malam ini mereka akan datang membunuh tuan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Suatu hari aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya anak Mehetabeel yang sedang mengurung diri. Katanya, “Mari kita bertemu di Rumah Allah, di dalam Bait Suci, lalu kita tutup pintu-pintu Bait Suci kerana kalangan itu akan datang membunuh engkau. Ya, malam ini mereka akan datang membunuh engkau.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Kira-kira pada waktu itu aku pergi ke rumah Semaya anak Delaya, iaitu cucu Mehetabeel, kerana dia tidak dapat datang berjumpa dengan aku. Dia berkata kepadaku, “Kita berdua mesti bersembunyi di Bilik Suci di dalam Rumah TUHAN dan mengunci semua pintu, kerana ada orang yang hendak membunuh tuan. Bila-bila sahaja pada malam ini mereka akan datang membunuh tuan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 6:10
21 Iomraidhean Croise  

Pada tembok di sebelah luar, iaitu di sebelah kiri, kanan, dan belakang Rumah TUHAN, bilik-bilik yang bertingkat tiga dibina. Setiap tingkat tingginya 2.2 meter.


Selama enam tahun Yoseba memelihara Yoas serta menyembunyikan dia di Rumah TUHAN, sementara Atalya memerintah sebagai ratu.


Semua anggota keluarga Ahab dan keturunannya mesti mati. Aku akan membunuh semua kaum lelaki keluarganya, baik yang muda mahupun yang tua.


Selain itu, Raja Ahas mengambil semua perkakas Rumah TUHAN dan menghancurkannya. Baginda menutup Rumah TUHAN, lalu membina mazbah-mazbah di seluruh Yerusalem.


Pada bulan pertama selepas Raja Hizkia menjadi raja, baginda membuka semula pintu-pintu gerbang Rumah TUHAN serta membaikinya.


Mereka menutup Rumah TUHAN dan memadamkan pelita di situ. Mereka tidak lagi membakar kemenyan, atau mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN di Rumah TUHAN, kepada Allah yang disembah oleh orang Israel.


Puak Harim: Eliezer, Yisia, Malkia, Semaya, Simeon, Benyamin, Malukh, dan Semarya.


Oleh itu saya memanggil sembilan orang daripada para pemimpin: Eliezer, Ariel, Semaya, Elnatan, Yarib, Elnatan, Natan, Zakharia, Mesulam, dan dua orang guru, iaitu Yoyarib dan Elnatan.


Apabila aku merenungkan perkara itu semula, aku sedar bahawa amaran Semaya itu bukan daripada Allah. Tetapi Tobia dan Sanbalat sudah memberikan rasuah kepada Semaya supaya menyampaikan amaran itu kepadaku.


Tolonglah kami, ya TUHAN, kerana tidak ada lagi orang yang baik; orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.


Orang jahat berkomplot menentang orang baik dan memandang mereka dengan benci.


Percakapan orang jahat membinasakan orang; hikmat menyelamatkan orang baik.


Kemudian aku memberikan perintah ini kepada Barukh, “Aku tidak lagi dibenarkan masuk ke dalam Rumah TUHAN.


tetapi Roh Allah menguasai aku dan menegakkan aku. TUHAN berfirman kepadaku, “Pulanglah dan kurunglah diri di dalam rumah.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Lebih baik seorang antara kamu menutup pintu Rumah-Ku, kerana sia-sia saja kamu menyalakan api di atas mazbah-Ku. Aku tidak berkenan kepada kamu dan tidak mahu menerima persembahan kamu.


“Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas.


Sesiapa yang melakukan kejahatan membenci cahaya, dan tidak mahu datang kepada cahaya, supaya perbuatannya yang jahat tidak kelihatan.


Seluruh kota itu menjadi kacau-bilau; semua orang berlari bersama-sama dan menangkap Paulus lalu menyeret dia keluar dari Rumah Tuhan. Dengan segera pintu Rumah Tuhan ditutup.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan