Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Kataku kepada mereka, “Dengan segala yang termampu oleh kami, telah kami tebus para saudara kita, iaitu orang Yahudi yang dijual kepada bangsa-bangsa lain. Tetapi kamu pula menjual saudara-saudaramu sehingga kami perlu menebus mereka kembali!” Lalu mereka semua terdiam, tidak dapat menjawab apa-apa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 dan aku berkata, “Dengan seberapa daya, kami telah menebus orang Yahudi yang terpaksa menjual diri mereka kepada orang bangsa asing. Tetapi kini kamu pula yang memaksa mereka menjual diri kepada kamu, padahal kamu juga orang Yahudi!” Para pemimpin itu diam sahaja, dan tidak dapat menjawab apa-apa pun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:8
14 Iomraidhean Croise  

Kemudian aku berkata lagi, “Perbuatan kamu itu salah! Kamu seharusnya takut dan hormat akan Allah dan melakukan hal yang baik. Dengan demikian, musuh kita yang tidak percaya kepada Allah itu, tidak akan mendapat alasan untuk menghina kita.


bahkan orang penting pun turut diam.


Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan; tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.


Sesiapa yang menculik orang, sama ada sudah dijual ataupun masih di rumahnya, penculik itu mesti dihukum mati.


Raja bertitah kepadanya, ‘Kawan, engkau tidak memakai pakaian pesta. Engkau tidak patut berada di sini.’ Orang itu tidak berkata sepatah pun.


Setiap orang hamba diberikannya bahagian menurut kebolehan masing-masing. Yang seorang diberikannya lima ribu keping wang emas, yang lain diberikannya dua ribu keping, dan yang seorang lagi diberikannya seribu keping. Lalu orang itu pun berangkat.


Setiap orang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi supaya dia beroleh lebih daripada cukup. Tetapi seorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga.


Jika apa yang kamu makan, menyakiti hati seorang saudara seiman, tindakan kamu itu tidak berdasarkan kasih. Janganlah hancurkan seseorang dengan apa yang kamu makan, kerana Kristus sudah mati baginya.


Sekarang kita tahu bahawa semua yang tertulis di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Dengan demikian tidak seorang pun dapat berdalih, dan semua orang di dunia akan diadili oleh Allah.


Dengan demikian ‘pengetahuan’ kamu itu menyebabkan saudara kamu binasa, kerana keyakinannya tidak teguh. Padahal Kristus mati bagi dia juga.


Jika kamu sangat berminat memberi derma, Allah akan menerima pemberian kamu berdasarkan apa yang kamu miliki, bukan apa yang tidak kamu miliki.


Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.


Sesiapa yang menculik sesama orang Israel, lalu menjadikan orang itu hambanya, atau menjual dia sebagai hamba, penculik itu mesti dihukum mati. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan