Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:17 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Aku biasa menjamu seratus lima puluh orang Yahudi dan para pemimpin mereka di rumahku, selain daripada tetamu dari negeri-negeri jiran.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

17 Ada seratus lima puluh pemimpin serta warga orang Yahudi yang kujamu di mejaku, selain mereka yang datang kepada kami daripada bangsa-bangsa di sekeliling kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Aku biasa menjamu seratus lima puluh orang Yahudi dan para pemimpin mereka di rumahku, selain daripada tetamu dari negeri-negeri jiran.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:17
8 Iomraidhean Croise  

Demikianlah Mefiboset yang cacat kedua-dua kakinya itu tinggal di Yerusalem dan sentiasa makan di meja raja.


Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut. Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan, bapamu. Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul. Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”


Sekarang perintahlah segenap umat Israel untuk menemui hamba di Gunung Karmel. Bawalah empat ratus lima puluh orang nabi Baal dan empat ratus orang nabi Dewi Asyera yang dibiayai oleh Permaisuri Izebel.”


“Tuanku tahu bahawa Raja Daud, ayahanda beta sentiasa terpaksa berperang menentang musuh dari negeri-negeri di sekelilingnya. Sebelum TUHAN memberikan kemenangan kepadanya atas semua musuhnya itu, baginda tidak dapat membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah baginda.


Aku mencurahkan seluruh tenagaku bagi pembinaan semula tembok itu, dan aku tidak mengambil tanah sedikit pun. Setiap orang yang bekerja bagiku, ikut bekerja dalam pembinaan itu.


Tetapi orang yang luhur merancangkan hal-hal yang luhur, dan bertindak dengan luhur.


Hendaklah kamu berkongsi milik dengan saudara seiman yang memerlukan bantuan, dan sambutlah saudara seiman yang tidak kamu kenal ke rumah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan