Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Aku sudah menjadi gabenor negeri Yehuda selama dua belas tahun, iaitu dari tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta sehingga tahun ketiga puluh dua pemerintahannya. Selama itu, aku dan sanak keluargaku tidak pernah makan makanan yang dikhaskan untuk aku sebagai gabenor.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Sejak aku ditetapkan menjadi pembesar di Tanah Yehuda, iaitu selama dua belas tahun sejak tahun kedua puluh sampai tahun ketiga puluh dua pemerintahan Raja Artahsasta, aku dan para saudaraku tidak pernah makan peruntukan makanan pembesar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Aku sudah menjadi gabenor negeri Yehuda selama dua belas tahun, iaitu dari tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta sehingga tahun ketiga puluh dua pemerintahannya. Selama itu, aku dan sanak keluargaku tidak pernah makan makanan yang dikhaskan untuk aku sebagai gabenor.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:14
9 Iomraidhean Croise  

Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya. Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.


Sementara hal itu berlaku, aku tidak berada di Yerusalem kerana pada tahun ketiga puluh dua pemerintahan Artahsasta, raja Babel, aku telah pergi ke Babel untuk memberikan laporan kepada raja. Beberapa lama kemudian barulah aku mendapat kebenaran daripada raja


Pada suatu hari, empat bulan kemudian, iaitu pada bulan Nisan, ketika Raja Artahsasta sedang makan, aku menghidangkan wain kepadanya. Sebelum itu, raja belum pernah nampak aku bersedih.


Hamba yang menerima lima ribu keping wang emas segera pergi berniaga, lalu mendapat keuntungan sebanyak lima ribu keping wang emas.


Maka apakah upahku? Inilah upahku: Aku mendapat hak istimewa untuk mengkhabarkan Berita Baik tanpa meminta bayaran, dan tanpa menuntut hakku sebagai orang yang mengkhabarkan Berita Baik.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan