Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Setelah itu aku menanggalkan ikat pinggangku dan mengebaskannya di hadapan mereka, dan berkata, “Beginilah caranya Allah akan mengebaskan setiap orang di kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Allah akan mengambil rumah orang itu dan segala miliknya, sehingga orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa.” Semua orang yang hadir di situ berkata, “Amin!” lalu memuji TUHAN. Para pemimpin itu pun menepati janji mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Aku juga mengebaskan lipatan bajuku sambil berkata, “Demikianlah akan dikebas Allah dari rumahnya dan daripada hasil jerih lelahnya setiap orang yang tidak menepati perjanjian ini. Demikianlah dia dikebas dan dihampakan.” Seluruh jemaah berkata, “Amin,” lalu memuji-muji TUHAN. Maka rakyat melakukan sebagaimana yang dijanjikan mereka itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Setelah itu aku menanggalkan ikat pinggangku dan mengebaskannya di hadapan mereka, dan berkata, “Beginilah caranya Allah akan mengebaskan setiap orang di kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Allah akan mengambil rumah orang itu dan segala miliknya, sehingga orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa.” Semua orang yang hadir di situ berkata, “Amin!” lalu memuji TUHAN. Para pemimpin itu pun menepati janji mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:13
17 Iomraidhean Croise  

Baginda berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN, untuk taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwanya, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu. Segenap penduduk negeri itu berjanji untuk berpegang kepada perjanjian itu.


Pujilah TUHAN, Allah Israel! Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya! Kemudian semua orang Israel berkata, “Amin”, dan mereka memuji TUHAN.


Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah yang agung!” Semua umat itu mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, “Amin! Amin!” Kemudian mereka bersujud menyembah Allah.


Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah, untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.


Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah, berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.


Kemarahan manusia hanya mengakibatkan pujian yang lebih besar untuk-Mu. Mereka yang terselamat dalam peperangan akan merayakan perayaan-Mu.


Sesiapa yang mengabaikan hukum, memihak orang jahat; sesiapa yang mentaati hukum, memusuhi orang jahat.


Jangan biar kata-katamu menyebabkan kamu berdosa sehingga kamu terpaksa mengaku kepada imam bahawa kamu silap mengucapkan janji. Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan Allah terhadapmu sehingga Dia memusnahkan segala usahamu?


Air yang mendatangkan kutuk ini akan masuk ke dalam perutmu, dan menjadikannya kembung serta mengecutkan kemaluanmu.” Perempuan itu harus menjawab, “Saya setuju, biarlah TUHAN berbuat begitu.”


Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu.


Rasul-rasul itu mengebaskan debu pada kaki mereka di hadapan orang di situ sebagai amaran, lalu pergi ke Ikonium.


Tetapi mereka menentang dan menghina Paulus. Oleh itu Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya sebagai amaran kepada mereka dan berkata, “Jika kamu binasa, kamu sendiri yang bertanggungjawab. Aku tidak bertanggungjawab terhadap hal itu. Mulai sekarang aku akan pergi kepada orang bukan Yahudi.”


Jika kamu mengucap syukur kepada Allah dengan rohmu sahaja, orang lain dalam pertemuan itu tidak dapat berkata ‘Amin’ atau ‘Aku bersetuju’, apabila kamu selesai berdoa. Dia tidak memahami apa yang kamu katakan.


Oleh itu Samuel berkata kepada Raja Saul, “Pada hari ini juga TUHAN sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan