Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 5:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Hapuskanlah semua hutang mereka - wang, atau gandum, atau wain, ataupun minyak zaitun. Kembalikanlah ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka dengan segera!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Pada hari ini juga, kembalikanlah kepada mereka ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka, juga peratusan wang, gandum, air anggur, dan minyak yang kamu tagih daripada mereka.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Hapuskanlah semua hutang mereka - wang, atau gandum, atau wain, ataupun minyak zaitun. Kembalikanlah ladang, kebun anggur, kebun zaitun, dan rumah mereka dengan segera!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 5:11
9 Iomraidhean Croise  

Orang itu mesti mengganti anak domba itu empat kali ganda, kerana perbuatannya itu sangat kejam.”


Aku sendiri sudah meminjamkan wang dan gandum kepada rakyat; demikian juga yang dilakukan oleh teman-temanku dan orang yang bekerja untuk aku. Sekarang, marilah kita batalkan tuntutan pembayaran balik pinjaman itu.


Pemimpin-pemimpin itu menjawab, “Baiklah, kami akan melakukan seperti yang tuan katakan. Kami akan memulangkan semuanya tanpa menuntut pembayaran daripada mereka.” Kemudian aku memanggil para imam, lalu menyuruh para pemimpin itu bersumpah di hadapan mereka, supaya janji yang diucapkan para pemimpin itu betul-betul dilaksanakan.


Inilah puasa yang Aku kehendaki: tanggalkan belenggu penindasan dan beban ketidakadilan, serta bebaskan orang yang tertindas.


Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Janganlah mula berkata sesama sendiri, ‘Abraham nenek moyang kami.’ Ketahuilah, Allah dapat membuat batu-batu ini menjadi keturunan untuk Abraham!


Rumah-rumah di situ penuh dengan barang-barang baik, yang tidak kamu simpan. Terdapat juga perigi-perigi yang tidak kamu gali, serta ladang anggur dan kebun zaitun, yang tidak kamu tanam. Apabila TUHAN membawa kamu ke tanah itu dan kamu mempunyai segala sesuatu yang kamu ingin makan,


Sekarang ini, aku berdiri di hadapan kamu. Jika aku sudah melakukan kesalahan, tuduhlah aku di hadapan TUHAN dan raja yang dipilih-Nya. Pernahkah aku merampas lembu atau keldai orang lain? Pernahkah aku menipu atau menindas orang lain? Pernahkah aku menerima rasuah daripada orang? Katakanlah, supaya apa saja yang sudah aku ambil dapat kukembalikan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan