Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:23 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Aku tidak menanggalkan pakaianku walaupun pada waktu malam, dan demikian juga teman-temanku, anak buahku, dan para pengawal peribadiku. Kami semua sentiasa dalam keadaan siap sedia, dengan memegang senjata kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

23 Tidak ada daripada kami, baik aku, para saudaraku, anak buahku, mahupun para pengawalku yang sempat menanggalkan pakaian. Setiap orang membawa senjatanya sekalipun sewaktu mengambil air minuman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Aku tidak menanggalkan pakaianku walaupun pada waktu malam, dan demikian juga teman-temanku, anak buahku, dan para pengawal peribadiku. Kami semua sentiasa dalam keadaan siap sedia, dengan memegang senjata kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:23
8 Iomraidhean Croise  

Selama masa itu aku menyuruh semua pengawas dan semua pembantu mereka bermalam di Yerusalem, supaya kami dapat mengawal kota pada malam hari dan bekerja pada siang hari.


Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi.


Aku mencurahkan seluruh tenagaku bagi pembinaan semula tembok itu, dan aku tidak mengambil tanah sedikit pun. Setiap orang yang bekerja bagiku, ikut bekerja dalam pembinaan itu.


Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.


atau berlanggar-langgar. Belalang merempuh segala halangan, tiada yang dapat menegah.


Tetapi kerana rahmat Allah, aku menjadi seperti sekarang ini dan berkat-Nya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya aku bekerja lebih keras daripada semua rasul yang lain. Sebenarnya hal itu bukan usahaku sendiri, tetapi usaha Allah yang mengasihi aku dan yang bekerja bersama-samaku.


Dengarlah! Orang ramai di sekeliling perigi sedang memberitakan kemenangan TUHAN, kemenangan umat Israel! Kemudian umat TUHAN berarak turun dari kota-kota mereka.


Oleh itu Abimelekh pergi ke Gunung Zalmon bersama dengan anak buahnya. Di sana dia memotong dahan-dahan kayu dengan kapak, lalu memikul dahan-dahan itu. Dia menyuruh anak buahnya cepat-cepat berbuat begitu juga.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan