Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:15 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Musuh kami mendengar bahawa muslihat mereka sudah kami ketahui. Oleh itu mereka sedar bahawa Allah sudah menggagalkan rancangan mereka. Kemudian kami semua kembali bekerja memperbaiki tembok itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

15 Ketika musuh kami mendengar bahawa kami sudah mengetahui hal itu dan bahawa Allah telah menggagalkan rancangan mereka, maka kami semua dapat kembali ke tembok dan ke bahagian pekerjaan kami masing-masing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Musuh kami mendengar bahawa muslihat mereka sudah kami ketahui. Oleh itu mereka sedar bahawa Allah sudah menggagalkan rancangan mereka. Kemudian kami semua kembali bekerja memperbaiki tembok itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:15
13 Iomraidhean Croise  

Ketika Raja Daud diberitahu bahawa Ahitofel juga ikut memberontak dengan Absalom, Raja Daud berdoa, “Ya, TUHAN, sia-siakanlah nasihat Ahitofel!”


Setelah Absalom dan semua orang Israel mendengar cadangan itu, mereka berkata, “Nasihat Husai lebih baik daripada nasihat Ahitofel.” TUHAN sudah menentukan untuk menggagalkan nasihat Ahitofel yang baik itu, supaya Absalom ditimpa malapetaka.


Sejak itu setengah daripada anak buahku bekerja, dan setengah lagi berkawal dengan berpakaian baju perang, lengkap dengan tombak, perisai, dan panah. Para pemimpin kami memberikan sokongan penuh kepada mereka


Kepintaran, kecerdasan, dan kebijaksanaan manusia tidak berguna jika TUHAN menentang kita.


Aku mempermainkan tukang tilik, Aku menggagalkan ramalan ahli nujum. Aku membantah pendapat orang bijak, dan menyatakan bahawa kebijaksanaan mereka itu kebodohan.


Buatlah rancangan-rancangan kamu, tetapi semuanya akan gagal! Ambillah keputusan, tetapi semuanya itu sia-sia, kerana Allah menyertai kami!


Keadaannya seperti seorang yang meninggalkan rumahnya lalu pergi ke tempat yang jauh. Dia menyuruh hamba-hambanya menjaga rumah, setelah dia memberikan tugas kepada mereka. Kepada penjaga pintu, dia berpesan supaya berjaga baik-baik.


Jangan malas, tetapi bekerjalah dengan rajin. Abdikanlah diri kepada Tuhan dengan semangat daripada Roh Allah.


Berusahalah hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana kami katakan kepada kamu dahulu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan