Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Setelah kuamati, segeralah aku berkata kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat selebihnya, “Jangan takut kepada mereka. Ingatlah kepada Tuhan yang besar dan teramat hebat, dan berperanglah demi para saudaramu, anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan, isterimu, dan rumahmu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:14
34 Iomraidhean Croise  

Tabahkanlah hatimu, dan berjuanglah dengan berani untuk bangsa kita dan untuk kota-kota Allah kita. Semoga TUHAN melakukan apa yang baik bagi-Nya.”


“Hendaklah kamu yakin dan tabah hati. Jangan takut kepada raja negeri Asyur ataupun tentera yang dipimpinnya. Kita mempunyai kuasa yang lebih besar di pihak kita daripada apa yang di pihak raja itu.


“Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.


Sinar keemasan kelihatan di utara, dan kemuliaan Allah mengagumkan kita.


Aku mengingatkan masa yang lalu; aku memikirkan segala yang telah Engkau lakukan, aku mengenangkan segala perbuatan-Mu.


Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya; dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya. Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.


Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.


Dia berfirman, “Berhentilah berperang, ketahuilah bahawa Aku ini Allah, yang agung antara bangsa-bangsa dan di seluruh bumi.”


Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih, mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu. Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu, berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.


Berkatalah kepada Allah, “Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.


Marilah dan lihatlah apa yang telah dilakukan Allah, perbuatan-Nya yang ajaib antara manusia.


TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa.”


Dia menyebabkan roda-roda kereta kuda mereka tersekat sehingga susah bergerak. Orang Mesir berkata, “TUHAN memihak orang Israel untuk menentang kita. Marilah kita lari dari sini!”


Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, “Aku tidak menikmati hidup.”


Dengan tipu daya raja akan berjaya mendapat sokongan orang yang telah meninggalkan agama itu, tetapi pengikut-pengikut Allah akan melawannya.


Kemudian barulah TUHAN akan memerangi bangsa-bangsa itu seperti pada masa dahulu.


Janganlah berontak terhadap TUHAN, dan janganlah takut kepada penduduk tanah itu. Kita akan mengalahkan mereka dengan mudah. TUHAN menyertai kita, dan Dia sudah mengalahkan pelindung mereka; oleh itu janganlah takut.”


Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka.


TUHAN, Allah kamu itu berkuasa atas semua tuhan lain dan semua kekuasaan. Dia agung dan berkuasa, dan Dia harus ditaati. Dia tidak berat sebelah dan tidak menerima rasuah.


Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, “Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?”


Ingatlah perintah-Ku kepadamu supaya engkau yakin dan berani! Jangan takut ataupun tawar hati, kerana Aku, TUHAN, Allahmu, menyertai engkau ke mana sahaja engkau pergi.”


Apabila Ehud tiba di kawasan perbukitan Efraim, dia meniup trompet untuk memanggil orang Israel berperang. Mereka datang, lalu dia memimpin mereka turun dari kawasan perbukitan itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan