Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 4:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Kemudian orang Yehuda mula menyanyikan nyanyian berikut: “Kami lemah kerana memikul beban, sedangkan sampah masih bertimbun-timbun. Kami tidak berdaya membina tembok hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Sementara itu orang Yehuda berkata, “Kekuatan kalangan yang memikul barang buangan sudah merosot walhal masih ada begitu banyak puing hinggakan kami tidak dapat meneruskan pembinaan semula tembok itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Kemudian orang Yehuda mula menyanyikan nyanyian berikut: “Kami lemah kerana memikul beban, sedangkan sampah masih bertimbun-timbun. Kami tidak berdaya membina tembok hari ini.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 4:10
10 Iomraidhean Croise  

Raja Salomo memerintah 70,000 orang antara mereka untuk mengangkut barang-barang, dan 80,000 orang untuk memahat batu di pergunungan. Baginda melantik 3,600 orang mandur untuk memastikan bahawa pekerjaan itu dilakukan.


Orang Lewi yang lain bertanggungjawab atas pengangkutan bahan-bahan binaan dan mengawasi tukang-tukang yang melakukan berbagai-bagai pekerjaan. Orang Lewi yang lain pula bertugas dalam pentadbiran, atau sebagai pengawal.


Musuh kami berfikir bahawa kami tidak akan nampak mereka atau mengetahui hal yang berlaku sehingga saatnya mereka sudah menyerang kami, dan membunuh kami serta menghentikan pekerjaan kami.


Di hadapan sahabat-sahabatnya dan pasukan tentera Samaria, dia berkata, “Apakah yang sedang dilakukan oleh orang Yahudi yang celaka ini? Adakah mereka berniat untuk membina semula kota ini? Adakah mereka berfikir bahawa dengan mempersembahkan korban, mereka akan menyelesaikan pekerjaan itu dalam sehari? Dapatkah mereka membuat batu binaan daripada tumpukan sampah yang sudah hangus?”


Tetapi kami berdoa kepada Allah kami dan menyuruh orang mengawal kota itu daripada serangan mereka, pada siang dan malam.


“Hai manusia fana, Raja Nebukadnezar dari Babilonia telah menyerang Tirus. Dia menyuruh askarnya memikul beban yang begitu berat sehingga kepala mereka menjadi botak dan bahu mereka lecet. Namun raja mahupun tenteranya tidak berjaya merebut kota itu.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman kepada Hagai, “Bangsa ini berkata bahawa belum masanya untuk membina semula Rumah-Ku.”


Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, “Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.”


Mereka pergi sampai ke Lembah Eskol lalu nampak tanah itu. Tetapi apabila mereka kembali, mereka menawarkan hati orang Israel, sehingga orang Israel takut pergi ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan