Nehemia 3:30 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
30 Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya.
30 Di sebelah Semaya, Hananya anak Selemya dan Hanun, anak lelaki keenam Zalaf, memperbaik bahagian yang lain. Di sisi mereka Mesulam anak Berekhya menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan biliknya.
30 Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya.
Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.
Zadok anak Imer membina bahagian tembok yang selanjutnya, iaitu yang di hadapan rumahnya. Semaya anak Sekhanya, penjaga Pintu Gerbang Timur, membina bahagian tembok yang selanjutnya.
Malkia, seorang tukang emas, membina tembok yang selanjutnya, sampai ke rumah para pekerja Rumah TUHAN dan para pedagang, yang terletak di hadapan Pintu Gerbang Mifkad, dekat bilik atas di sudut tembok sebelah timur laut.
Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Mesulam anak Berekhya, iaitu cucu Mesezabeel, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Zadok anak Baana membina bahagian tembok yang selanjutnya.
Banyak orang yang tinggal di Yehuda memihak Tobia kerana bapa mentuanya, Sekhanya anak Arah ialah orang Yahudi. Tambahan pula, anak lelaki Tobia, Yohanan, sudah berkahwin dengan anak perempuan Mesulam anak Berekhya.