Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Pintu Gerbang Ikan dibina oleh bani Senaa. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang pintu-pintunya serta pengancing-pengancing dan palang-palangnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:3
11 Iomraidhean Croise  

Selepas itu Raja Manasye meninggikan tembok luar di sebelah timur Kota Daud, bermula dari lembah dekat Mata Air Gihon, lalu terus ke utara sehingga Pintu Gerbang Ikan dan kawasan dalam kota yang dinamakan Ofel. Baginda juga menugaskan seorang pegawai tentera untuk mengetuai satu pasukan askar di tiap-tiap kota berkubu di Yehuda.


Dari sana kami berarak melalui Pintu Gerbang Efraim, Pintu Gerbang Yesanah, Pintu Gerbang Ikan, Menara Hananeel, dan Menara Seratus, sampai ke Pintu Gerbang Domba. Perarakan kami berakhir dekat pintu gerbang Rumah TUHAN.


Selain itu, aku juga meminta surat bagi Asaf, pengawas hutan diraja, supaya dia memberi aku kayu balak bagi pintu gerbang kubu yang menjadi pertahanan Rumah TUHAN, dan bagi tembok kota, serta rumah yang akan kudiami. Raja mengabulkan semua permohonanku itu kerana Allah menyertai aku.


Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Mesulam anak Berekhya, iaitu cucu Mesezabeel, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Zadok anak Baana membina bahagian tembok yang selanjutnya.


Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja membina semula Pintu Gerbang Yesyana. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.


Sanbalat, Tobia, Gesyem, dan musuh-musuh kami yang lain mendengar bahawa kami sudah selesai memperbaiki tembok itu, dan bahawa semua lubangnya sudah ditutup, walaupun pada ketika itu kami belum memasangkan daun-daun pintu pada pintu-pintu gerbang.


Setelah tembok itu selesai diperbaiki, aku mengarahkan supaya daun-daun pintu gerbang dipasang. Kemudian aku menyuruh para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan orang Lewi menjalankan tugas masing-masing.


Dia menguatkan pintu gerbangmu; Dia memberkati umatmu.


TUHAN berfirman, “Pada hari itu, kamu akan mendengar tangisan di Gerbang Ikan di Yerusalem. Suara ratapan akan kedengaran dari perkampungan baru di kota itu dan bunyi dentum yang kuat akan bergema dari bukit-bukit.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan