Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

16 Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

16 Di sampingnya Nehemia anak Azbuk, pemimpin separuh daripada daerah Bet-Zur, menjalankan kerja pembaikan sampai ke tempat di depan pemakaman Daud, ke kolam buatan, dan ke berek para kesateria.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

16 Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:16
18 Iomraidhean Croise  

Segala perbuatan Raja Hizkia, termasuk kepahlawanan baginda dan kisah baginda membina kolam air serta saluran air ke kota itu, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.


Samai bapa Maon, dan Maon bapa Bet-Zur.


Baginda dimakamkan di makam bukit batu yang telah dipahat untuknya di Kota Daud. Jenazahnya dilumuri rempah dan wangi-wangian sebelum dimakamkan. Api unggun yang sangat besar dinyalakan untuk menghormati baginda.


Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.


Salum anak Halohes, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Dia dibantu oleh anak-anak perempuannya dalam pembinaan itu.


Malkia anak Rekhab, penguasa daerah Bet-Kerem membina semula Pintu Gerbang Sampah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.


Beberapa bahagian tembok yang berikut diperbaiki oleh orang Lewi dalam urutan ini: Rehum anak Bani membina bahagian tembok yang selanjutnya; Hasabya, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya, bagi pihak daerahnya;


Refaya anak Hur, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya.


Aku menggali parit untuk mengairi taman dan kebun itu.


Lihat, itu tandu Raja Salomo, dikelilingi enam puluh orang askar, pahlawan-pahlawan terbaik di Israel.


kamu membina kolam air di dalam kota bagi menampung air yang mengalir dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak memperhatikan Allah yang sejak dahulu telah merancangkan segala perkara itu dan yang menyebabkan semuanya berlaku.


Kamu mendapati retak-retak di tembok kota Yerusalem yang perlu diperbaiki. Kamu memeriksa semua rumah di Yerusalem dan merobohkan sesetengahnya supaya kamu mendapat batu untuk memperbaiki tembok kota. Untuk menyimpan air,


TUHAN berfirman kepada Yesaya, “Bawalah anakmu, Syear Yasyub dan pergilah menghadap Raja Ahas. Engkau akan menemuinya di jalan tempat pembuat kain bekerja, di hujung parit yang menyalurkan air dari kolam yang di sebelah atas.


Saudara-saudara, saya harus berkata dengan jelas tentang nenek moyang kita Daud. Dia sudah meninggal dan dikuburkan, dan kuburnya masih ada antara kita sehingga sekarang.


Selain itu termasuk juga kota Halhul, Bet-Zur, Gedor,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan