Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 3:15 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

15 Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 3:15
19 Iomraidhean Croise  

Setelah Raja Daud merampas kubu Sion, baginda tinggal di situ dan menamakannya “Kota Daud.” Baginda membina kota di sekeliling kubu itu, bermula dari sebelah timur bukit yang ditimbusi tanah.


tembok kota ditembusi musuh. Walaupun kota itu dikepung orang Babilonia, semua tentera Yehuda berjaya keluar dari kota itu. Mereka melarikan diri pada malam hari dan mengambil jalan melalui taman istana dan pintu gerbang di antara dua tembok itu. Mereka lari menuju Lembah Yordan.


Raja Hizkia itulah yang membendung aliran air dari Mata Air Gihon dan menyalurkan airnya melalui saluran di bawah tanah ke dalam kota Yerusalem. Raja Hizkia berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya.


Di pintu Gerbang Mata Air, mereka menaiki tangga yang menuju ke Kota Daud. Mereka melalui istana Daud lalu balik ke tembok di Pintu Gerbang Air, di bahagian timur kota itu.


Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.


Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”


Salum anak Halohes, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Dia dibantu oleh anak-anak perempuannya dalam pembinaan itu.


Malkia anak Rekhab, penguasa daerah Bet-Kerem membina semula Pintu Gerbang Sampah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.


Ezer anak Yesua, penguasa Mizpa, membina bahagian tembok yang selanjutnya, di hadapan gudang senjata sampai ke tempat tembok membelok;


Melaca dari Gibeon, Yadon dari Meronot, dan orang Gibeon serta orang Mizpa membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke istana gabenor Efrat Barat.


Refaya anak Hur, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya.


Aku menggali parit untuk mengairi taman dan kebun itu.


Firman-Nya, “Kerana umat ini telah menolak air yang tenang dari Sungai Syiloah, dan mereka bersukacita di hadapan Raja Rezin dan Raja Pekah,


Aku pergi kepada Gedalya di Mizpa, dan tinggal bersama-sama rakyat yang masih di negeri itu.


Bagaimanakah dengan lapan belas orang yang terbunuh di Siloam, ketika menara di sana menimpa mereka? Adakah hal itu membuktikan bahawa mereka lebih berdosa daripada semua orang lain yang tinggal di Yerusalem?


Lalu Yesus berkata kepadanya, “Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.” (Dalam bahasa Ibrani kata “Siloam” bererti “Diutus”.) Oleh itu, orang itu pergi membasuh muka dan ketika dia kembali, dia dapat melihat.


Segenap umat Israel dari Dan di sebelah utara, sampai ke Bersyeba di sebelah selatan, dan juga dari Gilead di sebelah timur, menyahut panggilan itu. Mereka berkumpul sebagai satu umat di hadapan TUHAN di Mizpa.


Sementara itu orang suku Benyamin mendengar bahawa segenap umat Israel yang lain telah berkumpul di Mizpa. Umat Israel berkata, “Ceritakanlah bagaimana jenayah itu terjadi.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan