Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Raja, yang duduk bersama dengan permaisuri di sisinya, mengabulkan permohonanku. Raja bertanya berapa lama aku akan tinggal di sana, dan bila aku akan kembali. Aku pun memberitahu raja masanya aku akan kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Tanya raja kepadaku, sementara permaisuri duduk di samping baginda, “Berapa lamakah perjalananmu nanti, dan bilakah engkau kembali?” Raja berkenan mengutus aku, maka aku pun menyampaikan suatu tempoh tertentu kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Raja, yang duduk bersama dengan permaisuri di sisinya, mengabulkan permohonanku. Raja bertanya berapa lama aku akan tinggal di sana, dan bila aku akan kembali. Aku pun memberitahu raja masanya aku akan kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:6
9 Iomraidhean Croise  

Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.


Sementara hal itu berlaku, aku tidak berada di Yerusalem kerana pada tahun ketiga puluh dua pemerintahan Artahsasta, raja Babel, aku telah pergi ke Babel untuk memberikan laporan kepada raja. Beberapa lama kemudian barulah aku mendapat kebenaran daripada raja


Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,


lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”


Aku sudah menjadi gabenor negeri Yehuda selama dua belas tahun, iaitu dari tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta sehingga tahun ketiga puluh dua pemerintahannya. Selama itu, aku dan sanak keluargaku tidak pernah makan makanan yang dikhaskan untuk aku sebagai gabenor.


Kamu akan membina semula apa yang sudah lama runtuh; kamu akan membinanya semula di atas asas yang lama. Kamu akan dikenal sebagai umat yang membina semula tembok-tembok kota dan rumah-rumah yang runtuh.”


Mereka akan membina semula kota-kota yang telah lama runtuh, dan mendirikan tempat-tempat yang sudah lama sepi.


Sebelum mereka habis berdoa, Aku sudah mengabulkan doa mereka.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan