Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 lalu berkata kepada raja, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku berkenan kepada hambamu ini, utuslah hamba ke Tanah Yehuda, ke kota tempat pemakaman nenek moyang hamba, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:5
12 Iomraidhean Croise  

Yoab sujud di hadapan Raja Daud, lalu berkata, “Kiranya Allah memberkati tuanku! Sekarang hamba tahu bahawa tuanku berkenan kepada hamba kerana tuanku sudah mengabulkan permohonan hamba.”


Oleh itu jika diizinkan tuanku, suruhlah orang memeriksa arkib kerajaan di Babel. Dengan demikian dapatlah diketahui sama ada Raja Kores pernah memberikan perintah untuk membina semula Rumah TUHAN di Yerusalem atau tidak. Kemudian sudilah memberitahu kami apa keputusan tuanku tentang perkara itu.”


Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,


Raja, yang duduk bersama dengan permaisuri di sisinya, mengabulkan permohonanku. Raja bertanya berapa lama aku akan tinggal di sana, dan bila aku akan kembali. Aku pun memberitahu raja masanya aku akan kembali.


Oleh itu, jika tuanku berkenan, keluarkanlah satu titah bahawa Permaisuri Wasti tidak boleh menghadap raja lagi. Titah itu harus dijadikan undang-undang Persia dan Media supaya tidak mungkin dibatalkan lagi. Setelah itu, berikanlah kedudukan Permaisuri Wasti kepada wanita lain yang lebih baik.


“Jika tuanku berkenan untuk mengabulkan permintaan hamba, hamba ingin menjemput tuanku dan Haman sekali lagi ke jamuan makan yang hamba adakan esok. Nanti pada waktu itu hamba akan mengajukan permohonan hamba kepada tuanku.”


Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,


“Jika tuanku berkenan, dan jika tuanku menyayangi hamba, hendaknya tuanku mengeluarkan surat perintah untuk membatalkan surat perintah Haman anak Hamedata keturunan Agag, yang mengandungi perintah untuk membinasakan semua orang Yahudi di seluruh kerajaan.


Jika kamu berbuat demikian, Allah dan manusia akan berkenan kepadamu.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Alangkah malangnya kamu guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih; baik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.


Rut berkata, “Tuan sungguh baik hati. Tuan telah menyenangkan hati saya. Tuan telah bercakap lembut kepada saya, walaupun saya tidak setaraf dengan pekerja tuan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan