Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:4
15 Iomraidhean Croise  

Ketika Raja Daud diberitahu bahawa Ahitofel juga ikut memberontak dengan Absalom, Raja Daud berdoa, “Ya, TUHAN, sia-siakanlah nasihat Ahitofel!”


Tetapi pada malam itu TUHAN menampakkan diri kepada Raja Salomo dalam mimpi dan bertanya kepadanya, “Apakah yang engkau ingin Aku berikan kepadamu?”


Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.


Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,


“Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.


Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”


lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”


Kemudian raja bertanya, “Apa hajat adinda, Permaisuri Ester? Katakanlah! Beta akan memberikannya meskipun setengah daripada kerajaan beta.”


Ketika mereka minum wain, raja bertanya kepada Ester, “Sekarang katakanlah keinginanmu, dan beta akan mengabulkannya. Apa pun permintaan adinda akan beta berikan, walaupun setengah daripada kerajaan beta!”


untuk kali kedua. Sambil mereka minum wain, raja bertanya lagi, “Hai Permaisuri Ester, apakah keinginan adinda? Katakanlah, dan beta akan memberikannya kepada adinda, walaupun setengah daripada kerajaan beta.”


Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; kasih-Nya kekal abadi.


Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.


Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?” Orang buta itu menjawab, “Guru, saya ingin melihat.”


Komandan itu memegang tangan pemuda itu, lalu membawa dia ke samping dan bertanya, “Apa yang hendak kamu beritahu saya?”


Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan