Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:20 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

20 Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

20 Aku menjawab mereka dengan berkata, “Allah semesta langit, Dialah yang akan membuat kami berhasil. Kami, para hamba-Nya, akan bangkit dan siap untuk membina semula. Tetapi kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

20 Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:20
21 Iomraidhean Croise  

Selama Zakharia masih hidup, Raja Uzia beribadat kepada TUHAN dengan setia, dan Allah pun memberkati baginda. Zakharia mengajar baginda supaya takut akan Allah.


Zerubabel, Yesua, dan para pemimpin umat berkata kepada mereka, “Kami tidak memerlukan bantuan kamu untuk membina Rumah bagi TUHAN, Allah kami. Kami sendiri akan membinanya, sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja Kores, raja Persia.”


Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,


Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,


“Sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, akan dihukum mati, jika dia masuk menghadap raja di istana, di halaman bahagian dalam, tanpa dipanggil oleh raja sendiri. Itulah undang-undang, dan semua orang, baik penasihat raja mahupun rakyat jelata, mengetahui hal itu. Ada satu jalan saja untuk lepas daripada undang-undang itu, iaitu apabila raja menghulurkan tongkat emasnya kepada orang yang datang menghadap. Tetapi sudah satu bulan raja tidak memanggil saya.”


Apabila TUHAN membina Sion semula, Dia akan menyatakan keagungan-Nya.


Berdoalah bagi kesejahteraan Yerusalem, “Semoga orang yang mencintaimu menjadi makmur.


Semoga Dia memberi kamu keinginanmu dan menjayakan segala rancanganmu.


Semoga orang yang ingin melihat aku dinyatakan benar, bersorak gembira dan berulang kali berkata, “TUHAN sungguh agung; Dia gembira kerana kemakmuran hamba-Nya!”


Engkau tidak mahu korban yang dipersembahkan; jika aku mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Mu, Engkau pun tidak berkenan.


Apabila Harun masuk ke Bilik Suci, dia harus memakai penutup dada yang berukirkan nama-nama suku Israel, supaya Aku, TUHAN sentiasa ingat akan umat-Ku.


Hindarilah kedua-dua hal yang keterlaluan itu. Jika kita menghormati Allah, tentu kita akan berjaya.


maka nama kamu akan diingat di dalam Rumah-Ku dan di kalangan umat-Ku. Hal itu lebih baik daripada mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. Kamu tidak akan dilupakan.”


Orang itu harus membawa persembahannya kepada imam-imam keturunan Harun. Imam yang mempersembahkan korban itu harus mengambil segenggam tepung serta minyak itu dan semua kemenyannya, lalu membakar semuanya di atas mazbah sebagai tanda bahawa keseluruhannya sudah dipersembahkan kepada TUHAN. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.


Bubuhlah kemenyan tulen di atas tiap-tiap baris roti. Hal ini menandakan bahawa roti itu persembahan makanan untuk TUHAN.


Mahkota itu akan disimpan di dalam Rumah-Ku untuk mengenang Heldai, Tobia, Yedaya, dan Yosia.”


Demikian juga pada masa-masa kamu bersukaria; pada perayaan Bulan Baru dan perayaan-perayaan lain, tiuplah trompet-trompet itu ketika kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban untuk memohon berkat-Ku, maka Aku akan menolong kamu. Akulah TUHAN, Allah kamu.”


Dia berkata, ‘Kornelius! Allah sudah mendengar doamu, dan ingat akan kemurahan hatimu.


Kornelius memandang malaikat itu dengan ketakutan lalu bertanya, “Ada apa, tuan?” Malaikat itu menjawab, “Doamu dan kemurahan hatimu sudah diterima oleh Allah dan Allah mengabulkan doamu.


Kamu tidak mempunyai bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak tulus di sisi Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan