Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:19 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Apabila Sanbalat, Tobia, dan seorang Arab yang bernama Gesyem mengetahui cadangan kami itu, mereka mentertawakan kami dan berkata, “Apa yang hendak kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

19 Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Apabila Sanbalat, Tobia, dan seorang Arab yang bernama Gesyem mengetahui cadangan kami itu, mereka mentertawakan kami dan berkata, “Apa yang hendak kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:19
22 Iomraidhean Croise  

Yoyada ialah anak Imam Agung Elyasib, tetapi salah seorang anak Yoyada berkahwin dengan anak perempuan Sanbalat dari kota Bet-Horon. Oleh itu aku menyuruh Yoyada meninggalkan Yerusalem.


Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah.


Apabila Sanbalat mendengar bahawa kami orang Yahudi sudah mula memperbaiki tembok kota, dia sangat marah dan mula mengolok-olok kami.


Demikianlah kandungan surat itu: “Menurut kata Gesyem, ada khabar angin di antara negeri-negeri jiran bahawa tuan dan orang Yahudi ingin memberontak, dan itulah sebabnya kamu membina semula tembok kota. Dia juga mengatakan bahawa tuan ingin menjadi raja,


Mereka mencuba menakut-nakutkan kami supaya kami berhenti bekerja. Kemudian aku berdoa, “Ya Allah, kuatkanlah aku sekarang!”


Tetapi kini orang yang lebih muda daripada aku mengejek aku. Dahulu bapa mereka kupandang terlalu hina untuk menjaga dombaku bersama dengan anjing gembala.


Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, dan dikeji oleh penindas yang sombong.


Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami; mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami.


Engkau memberi kami kesengsaraan sebagai makanan, dan air mata yang banyak sebagai minuman.


Engkau membiarkan bangsa-bangsa di sekeliling berperang kerana hendak merampas negeri kami; musuh-musuh mengejek kami.


Adakah kamu menyangka bahawa kata-kata dapat menggantikan kecekapan dan kekuatan tentera? Siapakah yang kamu harap untuk menolong kamu memberontak terhadap Asyur?


Setiap kali aku berkata-kata, aku mesti berteriak sekuat-kuatnya, “Keganasan! Kemusnahan!” Ya TUHAN, aku diejek dan dihina setiap waktu, kerana aku menyampaikan perkhabaran-Mu.


Kemudian Ismael menangkap para puteri raja dan semua orang yang berada di Mizpa, yang telah diserahkan oleh Nebuzaradan, panglima tentera itu, ke bawah penjagaan Gedalya. Ismael menangkap mereka lalu berangkat dengan mereka ke arah wilayah Amon.


Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini tidak mati; dia hanya tidur.” Mereka mula mentertawakan Yesus.


Mereka mula mentertawakan Yesus. Oleh itu Yesus menyuruh mereka semua keluar. Dia mengajak ibu bapa anak itu serta ketiga-tiga orang pengikut-Nya masuk ke dalam bilik tempat anak itu berbaring.


Di situ mereka mula menuduh Dia dan berkata, “Kami dapati orang ini menyesatkan rakyat. Dia menghasut orang ramai supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan dia mengaku diri sebagai Kristus, seorang raja.”


Apabila Pilatus mendengar kata-kata ini, dia berusaha untuk membebaskan Yesus. Tetapi semua orang Yahudi di situ berseru, “Jika tuan membebaskan dia, tuan bukan sahabat Kaisar. Sesiapa yang mengaku dirinya raja, melawan Kaisar!”


Kami dapati orang ini pengacau yang berbahaya. Dia menimbulkan kekacauan di kalangan orang Yahudi di seluruh dunia dan dia pemimpin kumpulan orang Nasaret.


Ada yang diolok-olok dan dicambuk. Ada juga yang dirantai dan dipenjarakan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan