Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:17 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

17 Aku berkata kepada mereka, “Kamu lihat kesusahan yang kita alami, bagaimana Yerusalem rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api. Mari kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi bahan cacian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:17
23 Iomraidhean Croise  

Engkau tidak meninggalkan kami pada masa kami masih dalam perhambaan. Engkau telah membuat raja Persia berkenan kepada kami dan mengizinkan kami hidup serta membina semula Rumah-Mu yang telah runtuh itu. Engkau memberi kami perlindungan di Yehuda dan di Yerusalem.


Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.


Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.


Tidak ada seorang pun pegawai tempatan tahu ke mana aku telah pergi dan apa yang aku lakukan. Setakat itu aku belum memberitahu sesiapa pun di kalangan sesama orang Yahudi, baik para imam, pemimpin, pegawai, atau sesiapa sahaja yang akan ikut membina semula kota Yerusalem.


Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya; walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.


Engkau menjual umat-Mu dengan harga yang murah, tanpa mendapat keuntungan apa-apa.


Engkau menjadikan kami ejekan jiran kami; mereka mengolok-olokkan dan mentertawakan kami.


Ya Tuhan, balaslah bangsa-bangsa itu tujuh kali ganda, bagi segala hinaan yang telah dilemparkan kepada-Mu.


Bangsa-bangsa di sekeliling mengejek kami; mereka mentertawakan serta mengolok-olokkan kami.


Aku akan mendatangkan bencana kepada mereka sehingga semua bangsa di seluruh dunia takut. Mereka akan diejek, dijadikan bahan tertawaan dan dipermalukan. Di mana sahaja Aku mencerai-beraikan mereka, nama mereka akan digunakan sebagai kutuk.


Tuhan memusnahkan semua kampung di Yehuda tanpa belas kasihan, Dia merobohkan kubu-kubu yang menjadi pertahanan negeri. Dia mempermalukan kerajaan serta para penguasanya.


Hatiku pilu apabila melihat hal yang berlaku kepada kaum wanita di kota kami.


Setiap orang dari negeri-negeri jiran yang lalu di hadapanmu akan mengejek dan menjauhi engkau.


Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.


Raja Nahas bertitah, “Beta akan membuat perjanjian dengan kamu dengan satu syarat: beta akan mencungkil biji mata kanan setiap orang untuk mempermalukan segenap umat Israel.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan