Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Lalu aku berjalan terus ke Pintu Gerbang Air Pancut dan ke Kolam Raja, tetapi ruang laluannya tidak cukup bagi haiwan tungganganku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:14
7 Iomraidhean Croise  

Tetapi raja Asyur mengirim satu pasukan tentera yang besar dari Lakhis untuk menyerang Raja Hizkia di Yerusalem. Pasukan itu diketuai oleh tiga orang pegawai tinggi tentera, iaitu seorang panglima, seorang juru minuman, dan seorang ketua pengawal raja. Apabila mereka tiba di Yerusalem, mereka mengambil tempat di jalan, tempat pembuat kain bekerja, dekat saluran yang menyalurkan air dari kolam di sebelah atas.


Segala perbuatan Raja Hizkia, termasuk kepahlawanan baginda dan kisah baginda membina kolam air serta saluran air ke kota itu, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.


Raja Hizkia itulah yang membendung aliran air dari Mata Air Gihon dan menyalurkan airnya melalui saluran di bawah tanah ke dalam kota Yerusalem. Raja Hizkia berjaya dalam apa sahaja yang dibuatnya.


Di pintu Gerbang Mata Air, mereka menaiki tangga yang menuju ke Kota Daud. Mereka melalui istana Daud lalu balik ke tembok di Pintu Gerbang Air, di bahagian timur kota itu.


Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.


Aku menggali parit untuk mengairi taman dan kebun itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan