Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 aku tidak memberitahu sesiapa pun akan ilham Allah kepadaku tentang apa yang akan aku lakukan bagi kota Yerusalem. Kemudian, pada waktu tengah malam aku bangun dan keluar bersama-sama beberapa orang teman. Satu-satunya binatang yang aku bawa adalah keldai yang aku tunggangi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Setelah itu, aku bangun malam-malam dengan beberapa orang. Aku tidak memberitahu seorang pun rancangan apa yang ditaruh Allahku dalam hatiku untuk Yerusalem. Haiwan yang ada padaku hanyalah haiwan yang kutunggangi itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 aku tidak memberitahu sesiapa pun akan ilham Allah kepadaku tentang apa yang akan aku lakukan bagi kota Yerusalem. Kemudian, pada waktu tengah malam aku bangun dan keluar bersama-sama beberapa orang teman. Satu-satunya binatang yang aku bawa adalah keldai yang aku tunggangi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:12
20 Iomraidhean Croise  

Kemudian Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah nenek moyang kita! Dia telah menggerakkan hati raja sehingga baginda memberikan perhatian khas pada Rumah TUHAN di Yerusalem.


Aku meneruskan perjalanan ke Yerusalem. Selama tiga hari,


Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.


Berdoalah bagi kesejahteraan Yerusalem, “Semoga orang yang mencintaimu menjadi makmur.


Engkau tidak mahu korban yang dipersembahkan; jika aku mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Mu, Engkau pun tidak berkenan.


Orang bijak tidak menunjukkan pengetahuan mereka, tetapi orang bodoh mengiklankan kebodohan mereka.


waktu untuk mengoyakkan dan waktu untuk menjahit, waktu untuk berdiam diri dan waktu untuk bertutur.


Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umat Israel: Aku akan menyimpan hukum-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka. Aku tidak akan berhenti berbuat baik untuk mereka. Aku akan menyebabkan mereka takut dan hormat kepada-Ku dengan sepenuh hati supaya mereka tidak meninggalkan Aku.


Oleh sebab perbuatan kamu itu, maka orang bijaksana berfikir lebih baik berdiam diri sahaja pada masa yang jahat seperti itu.


Jangan percaya kepada jiran atau sahabat kamu. Berhati-hati apabila bercakap, bahkan kepada isteri kamu.


“Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.


Yusuf bangun, dan pada malam itu juga dia membawa Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir.


Kami bersyukur kepada Allah yang sudah menyebabkan Titus sangat ingin menolong kamu, seperti kami juga!


Sepanjang malam Yosua dan tenteranya berjalan dari Gilgal menuju ke Gibeon, lalu mereka menyerang orang Amori secara mendadak.


Hal itu demikian kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk melaksanakan rancangan-Nya. Allah menyebabkan mereka bersetuju untuk menyerahkan kekuasaan mereka kepada binatang itu, supaya binatang itu memerintah sehingga apa yang difirmankan oleh Allah berlaku.


Kemudian Gideon memilih sepuluh orang hambanya, lalu pergi melakukan apa yang diperintahkan TUHAN. Oleh sebab dia takut terhadap keluarganya dan penduduk kota itu, dia tidak berani melakukannya pada siang hari. Dia melakukannya pada waktu malam.


Oleh itu, hendaklah tuan dan anak buah tuan berangkat pada waktu malam lalu bersembunyi di ladang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan