Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada suatu hari, empat bulan kemudian, iaitu pada bulan Nisan, ketika Raja Artahsasta sedang makan, aku menghidangkan wain kepadanya. Sebelum itu, raja belum pernah nampak aku bersedih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Maka pada bulan Nisan dalam tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta, aku mengangkat air anggur yang tersaji di hadapan baginda dan menyampaikannya kepada raja. Belum pernah aku kelihatan murung di hadapan baginda,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada suatu hari, empat bulan kemudian, iaitu pada bulan Nisan, ketika Raja Artahsasta sedang makan, aku menghidangkan wain kepadanya. Sebelum itu, raja belum pernah nampak aku bersedih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:1
9 Iomraidhean Croise  

Pada waktu itu aku sedang memegang cawan minuman raja; oleh itu aku mengambil buah anggur itu dan memerah airnya ke dalam cawan raja, lalu aku menghidangkannya kepada raja.”


Raja mengembalikan pengurus minuman kepada pekerjaannya yang dahulu,


Pada masa pemerintahan Raja Artahsasta, raja Persia, peristiwa itu berulang lagi; Bislam, Mitredat, Tabeel, serta rakan-rakan mereka mengirim sepucuk surat kepada raja. Surat itu ditulis dalam bahasa Aram, dan perlu diterjemahkan ketika dibaca.


Bertahun-tahun kemudian, apabila Raja Artahsasta menjadi raja Persia, ada seorang lelaki bernama Ezra. Dia seorang daripada keturunan Harun, Imam Agung itu, dan salasilahnya adalah seperti berikut: Ezra anak Seraya, anak Azarya, anak Hilkia,


Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya. Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.


Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.


Pada tahun kedua belas pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan pertama, iaitu bulan Nisan, Haman memberikan perintah supaya orang membuang undi (yang disebut “purim”) untuk menentukan hari dan bulan yang sesuai bagi melaksanakan pakatannya yang jahat itu. Akhirnya, yang ditetapkan adalah hari ketiga belas bulan kedua belas, iaitu bulan Adar.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan