Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Disediakannya sebuah bilik yang besar untuk Tobia, padahal bilik itu sebelumnya tempat penyimpanan bagi persembahan bahan makanan, kemenyan, segala wadah berserta persembahan sepersepuluh berupa gandum, air anggur, juga minyak yang ditetapkan bagi bani Lewi, para penyanyi serta penjaga pintu gerbang. Persembahan khusus bagi para imam pun ditempatkan di dalam bilik itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:5
9 Iomraidhean Croise  

Atas perintah raja, mereka menyediakan stor-stor di kawasan Rumah TUHAN,


kepada tukang kayu dan pekerja-pekerja yang harus membeli batu dan kayu, untuk membaiki bangunan-bangunan yang telah dibiarkan rosak oleh raja-raja Yehuda.


Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.


Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.


Seorang imam keturunan Harun harus bersama-sama orang Lewi ketika persembahan persepuluhan itu dikumpulkan. Orang Lewi harus menyimpan sepersepuluh daripada semua persembahan persepuluhan itu di dalam stor-stor bekalan di Rumah TUHAN.


Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,


untuk kembali ke Yerusalem. Setibanya aku di sana, aku terperanjat semasa mengetahui bahawa Elyasib sudah membenarkan Tobia menggunakan sebuah bilik di dalam Rumah TUHAN.


Di halaman luar terdapat sebuah bilik tambahan di bahagian dalam pintu gerbang utara. Bilik tambahan itu ada sebuah pintu yang menuju ke ruangan depan yang menghadap halaman luar. Di situlah orang mencuci binatang yang telah disembelih sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan