Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:26 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

26 Bukankah kerana hal itu Salomo, raja Israel, telah berdosa? Padahal antara banyak bangsa tidak ada raja sepertinya. Dia dikasihi Allahnya dan Allah mengangkatnya menjadi raja atas seluruh Israel. Namun demikian, dia terjerumus ke dalam dosa atas sebab para perempuan asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:26
10 Iomraidhean Croise  

Tiada sesiapa pun yang pernah berbuat jahat di sisi TUHAN lebih daripada Raja Ahab - dan semua kejahatan itu dilakukannya kerana hasutan isterinya Izebel.


Aku akan mengabulkan permintaanmu. Aku akan mengurniai engkau kebijaksanaan dan pengertian yang belum pernah dipunyai atau akan dipunyai sesiapa pun.


Bahkan Aku akan mengurniakan juga perkara yang tidak engkau minta: seumur hidupmu engkau akan menjadi lebih kaya dan lebih dihormati orang daripada raja mana pun.


Raja Salomo telah menjadi raja seluruh negeri Israel.


Aku akan mengurniakan kebijaksanaan dan pengetahuan kepadamu. Selain itu, Aku juga akan mengurniai engkau kekayaan dan harta yang lebih banyak lagi, serta menjadikan engkau lebih termasyhur daripada raja lain baik pada masa lampau mahupun pada masa hadapan.”


Raja Salomo lebih kaya dan lebih bijaksana daripada raja lain di bumi.


Jangan habiskan tenagamu pada nafsu berahi, dan jangan bazirkan wangmu pada perempuan; mereka sudah membinasakan banyak raja.


Aku mendapati hal ini lebih pahit daripada maut: Seorang wanita yang menggunakan cinta sebagai jala atau perangkap untuk menangkap mangsa; pelukannya seperti belenggu yang mengikat dengan erat. Orang yang melakukan kehendak Allah dapat melepaskan diri, tetapi orang berdosa akan ditangkapnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan