Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:25 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

25 Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

25 Maka berbantahlah aku dengan mereka. Kukutuk mereka, kupukul beberapa orang daripada mereka, kucabut rambut mereka, dan kusuruh mereka bersumpah demi Allah, kataku, “Jangan berikan anak-anak perempuanmu kepada anak-anak lelaki mereka dan jangan ambil anak-anak perempuan mereka untuk menjadi isteri bagi anak-anak lelakimu atau bagi dirimu sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

25 Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:25
21 Iomraidhean Croise  

Elisa menoleh, memandang budak-budak itu, lalu mengutuk mereka atas nama TUHAN. Selepas itu dua ekor beruang betina keluar dari hutan dan mencabik-cabikkan tubuh empat puluh dua orang daripada budak-budak itu.


Oleh itu Ezra mulai bertindak dengan menyuruh para pemimpin imam, orang Lewi dan umat Israel yang lain bersumpah bahawa mereka akan melakukan cadangan Sekhanya.


Sesiapa yang tidak mentaati hukum Allahmu atau undang-undang kerajaan, hendaklah dihukum dengan serta-merta dengan hukuman mati, atau pembuangan, atau perampasan harta, ataupun hukuman penjara.”


Aku menegur para pegawai kerana mengabaikan Rumah TUHAN. Kemudian aku memanggil orang Lewi dan para pemuzik kembali ke Rumah TUHAN dan menyuruh mereka bertugas semula.


Aku menegur para pemimpin orang Yahudi. Aku berkata, “Lihatlah perbuatan kamu yang jahat itu! Kamu mencemarkan hari Sabat.


Sebilangan daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod atau bahasa lain, tetapi mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa kami.


Setelah itu aku menanggalkan ikat pinggangku dan mengebaskannya di hadapan mereka, dan berkata, “Beginilah caranya Allah akan mengebaskan setiap orang di kalangan kamu yang tidak menepati janjinya. Allah akan mengambil rumah orang itu dan segala miliknya, sehingga orang itu tidak lagi mempunyai apa-apa.” Semua orang yang hadir di situ berkata, “Amin!” lalu memuji TUHAN. Para pemimpin itu pun menepati janji mereka.


Apabila aku mendengar sungutan mereka itu, aku naik marah


Aku sangat marah kepada orang jahat apabila mereka melanggar Taurat-Mu.


yang menghina orang yang ditolak Allah, tetapi menghormati orang yang taat kepada TUHAN; yang sentiasa menepati janji mereka, tanpa mengira kerugian;


Anak-anak lelaki kamu mungkin akan berkahwin dengan anak-anak perempuan mereka, yang akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu tidak lagi setia kepada-Ku, dan menyembah tuhan-tuhan lain.


Sesiapa yang mengabaikan hukum, memihak orang jahat; sesiapa yang mentaati hukum, memusuhi orang jahat.


Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku, dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku. Aku tidak memalingkan mukaku ketika aku dihina dan diludahi.


Hormatilah TUHAN, Allah kamu dan sembahlah Dia sahaja, dan buatlah janji kamu demi nama-Nya sahaja.


Jangan berkahwin dengan mereka, dan jangan biar anak-anak kamu berkahwin dengan mereka,


Jika kamu tidak setia, dan kamu bersahabat dengan bangsa-bangsa yang masih di tengah-tengah kamu, dan kamu berkahwin dengan mereka,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan