Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:23 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

23 Pada waktu itu juga kulihat beberapa orang Yahudi telah memperisteri perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:23
16 Iomraidhean Croise  

Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing. Selain puteri raja Mesir, baginda juga berkahwin dengan wanita Het, Moab, Amon, Edom, dan Sidon.


Kemudian Imam Ezra berdiri dan berkata kepada umat itu, “Kamu telah berdosa dan menambah kesalahan Israel kerana berkahwin dengan perempuan asing.


Semua orang itu telah mengahwini perempuan asing. Lalu isteri-isteri mereka itu diceraikan dan diusir bersama dengan anak-anak mereka.


Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.


Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka. Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.


Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah.


Sebilangan daripada anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Asdod atau bahasa lain, tetapi mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa kami.


Alangkah jahatnya perbuatan kamu! Kamu berani melawan Allah dengan mengahwini perempuan bangsa asing!”


Ketika Sanbalat, Tobia, orang Arab, orang Amon, dan orang Asdod mendengar bahawa pekerjaan memperbaiki tembok Yerusalem itu maju dengan pesat, dan bahawa lubang-lubang pada tembok itu sudah ditutup, mereka naik berang.


Taatilah hukum yang Aku berikan kepadamu hari ini. Aku akan mengusir orang Amori, Kanaan, Het, Feris, Hewi, dan Yebusi apabila kamu pergi ke sana.


Janganlah cuba bekerjasama dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, kerana hal itu tidak sesuai. Kebaikan dan kejahatan tidak dapat bekerjasama. Cahaya dan kegelapan tidak dapat bersama-sama.


“TUHAN, Allah kamu akan membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki, dan Dia akan mengusir banyak bangsa dari tanah itu. Semasa kamu bergerak maju, Dia akan mengusir tujuh bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu: orang Het, Girgasi, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi.


Anak-anak lelakinya itu berkahwin dengan perempuan Moab, yang bernama Orpa dan Rut. Setelah mereka tinggal di Moab selama sepuluh tahun,


Setelah orang Filistin merampas Tabut Perjanjian, mereka membawanya dari Eben-Haezer ke Asdod, kota mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan