Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Hal itu demikian kerana ketika umat Israel dalam perjalanan dari Mesir, bangsa Amon dan Moab tidak mahu memberi mereka makanan dan minuman. Sebaliknya, mereka mengupah Bileam supaya mengutuk bangsa Israel tetapi Allah kita mengubah kutuk itu menjadi berkat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 atas sebab dahulunya mereka tidak menyambut orang Israel dengan roti dan air minum, tetapi mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel. Namun begitu, Allah kami mengubah kutukan itu untuk menjadi berkat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Hal itu demikian kerana ketika umat Israel dalam perjalanan dari Mesir, bangsa Amon dan Moab tidak mahu memberi mereka makanan dan minuman. Sebaliknya, mereka mengupah Bileam supaya mengutuk bangsa Israel tetapi Allah kita mengubah kutuk itu menjadi berkat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:2
12 Iomraidhean Croise  

Walaupun mereka mengutuk aku, tetapi Engkau memberkati aku. Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan, dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.


Hai umat-Ku, ingatlah akan apa yang dirancang oleh Balak, raja Moab itu terhadap kamu, dan jawapan Bileam anak Beor kepadanya. Ingatlah akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan dari perkhemahan di Sitim sampai ke Gilgal. Ingatlah akan perkara-perkara itu, maka kamu akan menyedari apa yang telah Aku lakukan untuk menyelamatkan kamu.”


lalu Bileam mengucapkan nubuat ini, “Hai Raja Balak anak Zipor, dengarlah kata hamba.


Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’


Orang Amon dan orang Moab serta keturunan mereka sampai kepada generasi yang kesepuluh, tidak boleh menjadi umat TUHAN.


Mereka tidak mahu memberi kamu makanan dan air ketika kamu dalam perjalanan keluar dari Mesir. Mereka juga mengupah Bileam anak Beor, dari kota Petor di Mesopotamia, untuk mengutuk kamu.


Tetapi TUHAN, Allah kamu tidak mahu mendengarkan Bileam. Sebaliknya Dia mengubah kutuk itu menjadi berkat, kerana Dia mengasihi kamu.


Mereka telah meninggalkan jalan yang lurus, lalu sesat. Mereka mengambil jalan yang diikuti oleh Bileam anak Beor dahulu. Bileam ingin sekali mendapat wang daripada perbuatannya yang jahat.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan