Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:19 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Oleh itu aku memberikan perintah supaya pintu gerbang kota ditutup pada permulaan tiap-tiap hari Sabat, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam, dan pintu itu tidak dibuka sehingga hari Sabat sudah berlalu. Aku menugaskan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang itu untuk mengawasi supaya tidak ada barang dagangan dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

19 Apabila menjelang hari Sabat dan gelap mula berbayang pada pintu-pintu gerbang Yerusalem, aku memerintahkan agar pintu-pintu itu ditutup dan tidak dibuka sehingga berlalunya Sabat. Kemudian kutempatkan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang supaya jangan ada muatan yang masuk pada hari Sabat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Oleh itu aku memberikan perintah supaya pintu gerbang kota ditutup pada permulaan tiap-tiap hari Sabat, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam, dan pintu itu tidak dibuka sehingga hari Sabat sudah berlalu. Aku menugaskan beberapa orang anak buahku di pintu-pintu gerbang itu untuk mengawasi supaya tidak ada barang dagangan dibawa masuk ke dalam kota pada hari Sabat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:19
7 Iomraidhean Croise  

Sekali atau dua kali pedagang-pedagang yang menjual barang dagangan bermalam di luar tembok kota.


Aku memberitahu mereka supaya tidak membuka pintu gerbang sebelum matahari terbit, dan supaya menutupnya dengan memasang palang sebelum para pengawal pulang pada petang hari. Aku juga menyuruh mereka melantik beberapa orang pengawal di kalangan penduduk Yerusalem, dan menugaskan sebilangan daripada mereka di tempat-tempat yang tertentu, sedangkan yang lain meronda di sekeliling rumah masing-masing.


Apabila kamu menuai gandum di ladang, jangan tuai gandum yang tumbuh di tepi ladang, dan jangan kembali ke ladang untuk menuai gandum yang tertinggal. Tinggalkan semua itu untuk orang miskin dan orang asing. TUHAN ialah Allah kamu.


Mulai dari saat matahari terbenam pada hari kesembilan bulan itu, sehingga saat matahari terbenam pada hari kesepuluh bulan yang sama, kamu harus merayakannya seperti hari Sabat, hari yang khas untuk berehat. Kamu mesti berpuasa sepanjang hari itu.


Oleh itu para penguasa Yahudi berkata kepada orang yang baru disembuhkan itu, “Hari ini hari Sabat; kamu melanggar Taurat kita kerana mengangkat tikar.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan