Nehemia 13:15 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)15 Pada masa itu aku nampak penduduk Yehuda memeras buah anggur pada hari Sabat. Sebilangan orang lain memuat biji-bijian, wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang lain ke atas keldai mereka, lalu membawanya ke Yerusalem. Aku memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menjual apa-apa pada hari Sabat. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo15 Pada waktu itu kulihat di Tanah Yehuda beberapa orang mengirik di tempat pemerasan anggur mereka pada hari Sabat, sementara beberapa orang mengumpulkan berkas gandum dan memuatnya di atas keldai, begitu juga air anggur, buah anggur, buah ara, dan pelbagai muatan. Semua itu dibawa mereka masuk ke Yerusalem pada hari Sabat. Aku memberikan amaran kepada mereka pada waktu mereka menjual semua bahan itu. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik15 Pada masa itu aku nampak penduduk Yehuda memeras buah anggur pada hari Sabat. Sebilangan orang lain memuat biji-bijian, wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang lain ke atas keldai mereka, lalu membawanya ke Yerusalem. Aku memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menjual apa-apa pada hari Sabat. Faic an caibideil |
Semua perkara itu akan berlaku apabila kamu taat kepada-Ku dan merayakan hari Sabat sebagai hari yang khas untuk Aku. Jangan angkat beban melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari itu. Jika kamu melanggar perintah-Ku itu, Aku akan membakar habis pintu-pintu gerbang Yerusalem serta istana-istananya, dan api itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa pun.’ ”
Tetapi di padang gurun itu pun mereka melawan Aku. Mereka melanggar hukum-Ku dan menolak perintah-Ku, yang memberikan hidup kepada sesiapa yang mentaatinya. Mereka sama sekali mencemarkan hari Sabat. Aku telah bersedia untuk membiarkan mereka merasakan segala kedahsyatan kemurkaan-Ku di padang gurun itu dan Aku hendak membinasakan mereka.
Kamu berkata, “Bilakah hari perayaan selesai supaya kita dapat menjual gandum lagi? Lama betul perayaan ini. Bilakah hari Sabat berlalu supaya kita dapat berjualan lagi? Kemudian kita akan meminta harga yang berlebih-lebihan. Kita akan menggunakan sukatan dan timbangan yang tidak tepat untuk menipu pelanggan.