Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Ya Allah, ingatlah akan segala yang sudah aku lakukan untuk Rumah TUHAN dan ibadat di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini. Janganlah hapuskan segala perbuatan baik yang telah kulakukan demi bait Allahku dan segala kewajipan di dalamnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Ya Allah, ingatlah akan segala yang sudah aku lakukan untuk Rumah TUHAN dan ibadat di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:14
14 Iomraidhean Croise  

“Ingatlah, ya TUHAN, bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan taat dan setia, dan bahawa aku sentiasa berusaha untuk melakukan kehendak-Mu.” Lalu raja menangis dengan pilu.


Selain itu, beta juga telah menyerahkan perak dan emas daripada harta milik beta sendiri kerana cinta beta kepada rumah Allah beta.


Dia dikebumikan di makam diraja di Kota Daud, sebagai penghargaan bagi jasanya kepada Allah, Rumah TUHAN, dan umat Israel.


Segala keperluan lain yang kamu perlukan untuk Rumah TUHAN, bolehlah kamu minta dari perbendaharaan kerajaan.


Janganlah pungut cukai daripada para imam, orang Lewi, penyanyi, pengawal pintu gerbang, pekerja, atau sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Rumah TUHAN.


Kemudian Ezra berkata, “Pujilah TUHAN, Allah nenek moyang kita! Dia telah menggerakkan hati raja sehingga baginda memberikan perhatian khas pada Rumah TUHAN di Yerusalem.


Aku memberikan perintah kepada orang Lewi supaya menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang untuk mengawasi orang supaya menghormati hari Sabat. Ya Allah, ingatlah aku kerana perkara ini, dan kasihanilah aku demi kasih-Mu yang besar.


Aku mengatur masa tertentu bagi orang membawa kayu api untuk membakar korban, dan masa bagi orang membawa persembahan mereka, iaitu hasil biji-bijian dan buah-buahan yang mula-mula masak. Ya Allah, ingatlah akan semua hal ini, dan berkatilah aku.


Aku memohon kepada-Mu, ya Allah, ingatlah akan semua kebajikan yang sudah aku lakukan bagi bangsa ini, dan berkatilah aku.


“Ingatlah, ya TUHAN, bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan taat dan setia, dan bahawa aku sentiasa berusaha untuk melakukan kehendak-Mu.” Lalu raja menangis dengan pilu.


Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang.


Mereka yang menang akan dikenakan pakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan menghapuskan nama mereka dari Kitab Orang Hidup. Di hadapan Bapa-Ku dan malaikat-malaikat-Nya Aku akan mengaku bahawa mereka milik-Ku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan