Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Aku mengangkat bendahara untuk mengawasi perbendaharaan, iaitu Imam Selemya dan Zadok, ahli Kitab Suci Taurat itu, serta Pedaya, seorang Lewi, sedangkan Hanan anak Zakur anak Matanya menjadi pembantu mereka kerana mereka itu dianggap sebagai boleh dipercayai dan mereka bertugas mengurus pembahagian untuk saudara-saudara mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:13
20 Iomraidhean Croise  

Pegawai-pegawai yang mengawasi pekerjaan itu sangat jujur. Oleh itu mereka tidak diminta membuat laporan kewangan.


Wang yang diterima bagi korban untuk membayar ganti rugi dan korban untuk mengampunkan dosa tidak dimasukkan ke dalam peti itu. Wang itu diberikan kepada para imam.


Para pengawas pekerjaan itu sangat jujur. Oleh itu mereka tidak usah memberikan laporan kewangan.”


Seorang imam keturunan Harun harus bersama-sama orang Lewi ketika persembahan persepuluhan itu dikumpulkan. Orang Lewi harus menyimpan sepersepuluh daripada semua persembahan persepuluhan itu di dalam stor-stor bekalan di Rumah TUHAN.


Pengawas orang Lewi yang tinggal di Yerusalem ialah Uzi anak Bani, cucu Hasabya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya dan Mikha daripada puak Asaf, iaitu puak yang bertanggungjawab mengurus muzik pada masa ibadat di Rumah TUHAN.


Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,


Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya.


Aku menyerahkan pemerintahan kota Yerusalem kepada saudaraku, Hanani, dan kepada Hananya, panglima kubu pertahanan. Hananya tiada tandingannya kerana dia dapat dipercaya dan takut akan Allah.


Ezra berdiri di atas pentas kayu yang dibina khas untuk maksud itu. Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya berdiri di sebelah kanannya; sedangkan Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam berdiri di sebelah kirinya.


Tuhan menjawab, “Siapakah hamba yang setia dan bijak? Dialah orang yang ditunjuk oleh tuannya menjadi pengurus rumah tangganya. Tuannya juga menyuruh dia memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktu yang ditentukan.


Kemudian wang itu dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang memerlukannya.


Tidak berapa lama kemudian, apabila bilangan pengikut Yesus semakin bertambah, berlakulah pertengkaran antara orang Yahudi yang berbahasa Yunani dengan orang Yahudi yang berbahasa Ibrani. Orang Yahudi yang berbahasa Yunani berkata bahawa balu di kalangan mereka tidak menerima bantuan wang sehari-hari.


Oleh itu, pilihlah tujuh orang di kalangan saudara yang dikuasai oleh Roh Allah dan juga bijaksana. Lalu kami akan menugaskan mereka mengurus hal itu.


Inilah sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang hamba seperti itu: Dia harus setia kepada tuannya.


Aku bersyukur kepada Kristus Yesus Tuhan kita, yang sudah memberi aku kekuatan untuk menjalankan pekerjaanku. Aku berterima kasih kepada-Nya, kerana Dia menganggap aku layak, dan telah melantik aku untuk melakukan tugas itu,


Mereka harus diuji dahulu dan jika terbukti mereka tidak bercela, barulah mereka boleh membantu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan