Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:30 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

30 Para imam dan bani Lewi menyucikan diri, lalu menyucikan rakyat, pintu-pintu gerbang, dan juga tembok itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:30
14 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yakub berkata kepada keluarganya dan kepada semua orang yang ada bersama dengan dia, “Kita akan berangkat dari sini dan pergi ke Betel. Di sana aku akan membina sebuah mazbah bagi Allah yang telah menolong aku pada masa kesukaran, dan yang menyertai aku ke mana sahaja aku pergi. Buanglah patung dewa-dewa asing yang ada pada kamu; lakukanlah upacara penyucian diri dan pakailah pakaian yang bersih.”


Oleh itu, para imam dan orang Lewi menyucikan diri supaya dapat memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN, Allah Israel.


Oleh sebab imam yang telah menyucikan diri terlalu sedikit jumlahnya untuk menyembelih semua binatang itu, orang Lewi menolong mereka sehingga kerja itu selesai. Orang Lewi lebih setia kepada peraturan penyucian, dan mereka terus menolong sampai ada cukup imam yang telah menyucikan diri.


Raja Hizkia bertitah kepada mereka di situ. Titah baginda, “Hendaklah kamu orang Lewi mentahbiskan diri untuk TUHAN dan menyucikan Rumah TUHAN, Allah nenek moyang kamu. Buanglah semua barang yang menajiskan Rumah TUHAN.


Korban itu dimakan oleh semua orang Israel yang telah pulang dari pembuangan, dan penduduk negeri itu yang telah meninggalkan cara hidup yang berdosa, lalu datang untuk menyembah TUHAN, Allah Israel.


dari Bet-Gilgal, Geba, dan Asmawet.


Aku memberikan perintah kepada orang Lewi supaya menyucikan diri dan mengawal pintu-pintu gerbang untuk mengawasi orang supaya menghormati hari Sabat. Ya Allah, ingatlah aku kerana perkara ini, dan kasihanilah aku demi kasih-Mu yang besar.


Demikianlah aku menyucikan bangsa Israel daripada segala pengaruh asing. Aku menyediakan peraturan bagi para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugasnya.


Selepas setiap jamuan, pada esok paginya, Ayub akan bangun pagi-pagi dan mempersembahkan korban bagi setiap anaknya untuk menyucikan mereka. Dia sentiasa berbuat demikian kerana pada fikirannya, mungkin salah seorang anaknya telah berdosa dan menghina Allah dengan tidak sengaja.


TUHAN berfirman kepadanya, “Pergilah menemui umat dan suruh mereka menyucikan diri pada hari ini dan esok. Mereka mesti membasuh pakaian mereka


lalu Musa berkata kepada mereka, “Bersiaplah untuk hari lusa, dan sementara ini kamu tidak boleh bersetubuh.”


Tiap-tiap imam agung dipilih daripada kalangan umat, dan dilantik untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagai wakil mereka. Tugasnya mempersembahkan pemberian dan korban untuk pengampunan dosa.


Oleh sebab dia sendiri lemah, dia mesti mempersembahkan korban bukan sahaja untuk dosa umat, tetapi juga untuk dosanya sendiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan