Nehemia 12:25 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
25 Para pengawal Rumah TUHAN yang ditugaskan untuk mengawal stor-stor bekalan dekat pintu gerbang Rumah TUHAN ialah Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub.
25 Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub ialah para penjaga pintu gerbang yang mengadakan penjagaan di gudang-gudang kelengkapan pada pintu-pintu gerbang.
25 Para pengawal Rumah TUHAN yang ditugaskan untuk mengawal stor-stor bekalan dekat pintu gerbang Rumah TUHAN ialah Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub.
Oleh itu mereka meninggalkan perkhemahan orang Siria dan kembali ke Samaria. Mereka berseru kepada pengawal-pengawal di pintu kota, “Kami telah pergi ke perkhemahan orang Siria, tetapi kami tidak nampak atau dengar sesiapa pun. Kuda dan keldai mereka masih terikat pada tempatnya, dan perkhemahan itu ditinggalkan begitu sahaja.”
Mereka ditugaskan juga untuk memelihara Khemah TUHAN dan Rumah TUHAN, serta menolong saudara-saudara mereka, iaitu imam-imam keturunan Harun, dalam penyelenggaraan ibadat di tempat itu.
Di sebelah timur, tiap-tiap hari ada enam orang pengawal bertugas. Di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang. Tiap-tiap hari stor-stor dikawal oleh empat orang pengawal; dua orang pengawal bagi sebuah stor.
Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Raja Daud, ayahandanya, Raja Salomo menentukan pekerjaan harian bagi para imam dan orang Lewi yang membantu imam menyanyikan lagu-lagu mazmur, serta membantu dalam pekerjaan imam. Raja Salomo juga menyusun kumpulan pengawal Rumah TUHAN bagi tugas harian mereka di setiap pintu gerbang, menurut perintah Raja Daud, hamba Allah itu.