Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:24 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

24 Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

24 Para ketua bani Lewi ialah Hasabya, Serebya, Yesua anak Kadmiel, dan saudara-saudara mereka yang berdiri berhadapan dengan mereka untuk memuji dan mengucap syukur menurut perintah Daud, hamba Allah itu, dengan satu angkatan selaras dengan angkatan satu lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

24 Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:24
18 Iomraidhean Croise  

Balu itu berkata, “Sekarang barulah saya tahu bahawa tuan seorang hamba Allah dan bahawa TUHAN benar-benar berfirman melalui tuan.”


Raja Daud melantik beberapa orang Lewi untuk memimpin upacara ibadat kepada TUHAN, Allah Israel, di hadapan Tabut Perjanjian. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran dan puji-pujian kepada TUHAN.


Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Raja Daud, ayahandanya, Raja Salomo menentukan pekerjaan harian bagi para imam dan orang Lewi yang membantu imam menyanyikan lagu-lagu mazmur, serta membantu dalam pekerjaan imam. Raja Salomo juga menyusun kumpulan pengawal Rumah TUHAN bagi tugas harian mereka di setiap pintu gerbang, menurut perintah Raja Daud, hamba Allah itu.


Puak orang Lewi yang kembali dari pembuangan: Yesua dan Kadmiel (keturunan Hodawya) -- 74 Para penyanyi di Rumah TUHAN (keturunan Asaf) -- 128 Pengawal pintu gerbang Rumah TUHAN (keturunan Salum, Ater, Talmon, Akub, Hatita, dan Sobai) -- 139


Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran. Bakbukya, iaitu wakil Matanya. Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.


Tetapi senarai nama ketua-ketua puak orang Lewi dicatat hanya sampai zaman Yonatan cucu Elyasib.


Dia diikuti oleh orang lain daripada puaknya, iaitu Semaya, Azareel, Milalai, Gilalai, Maai, Netaneel, Yehuda, dan Hanani. Mereka semua membawa alat-alat muzik, serupa dengan yang dimainkan oleh Raja Daud, hamba Allah itu. Imam Ezra, ahli Taurat itu, berjalan di hadapan perarakan ini.


Setelah itu mereka berdiri di tempat masing-masing, dan orang Lewi yang berikut menjelaskan Taurat itu kepada mereka: Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya.


Di situ ada pentas yang disediakan untuk orang Lewi. Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani berdiri di atas pentas itu. Mereka berdoa kepada TUHAN, Allah mereka dengan suara nyaring.


Sebelum meninggal, Musa, hamba Allah itu, memberkati umat Israel dengan kata-kata ini:


Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut.


Dengan Alkitab, orang yang mengabdikan diri kepada Allah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala macam pekerjaan yang baik.


Pada suatu hari, beberapa orang daripada suku Yehuda menghadap Yosua di Gilgal. Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepadanya, “Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan