Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 11:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

18 Semua orang Lewi di kota suci berjumlah 284 orang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 11:18
10 Iomraidhean Croise  

Aku tidak akan mengambil seluruh kerajaan itu daripadanya; Aku akan memberi dia satu suku demi hamba-Ku Daud dan demi Yerusalem, kota yang telah Kupilih menjadi milik-Ku.”


Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.


Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran. Bakbukya, iaitu wakil Matanya. Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.


Daripada pengawal Rumah TUHAN: Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.


Tujuh kali tujuh puluh tahun ialah jangka masa yang telah ditentukan Allah untuk membebaskan bangsamu dan kotamu yang suci itu daripada dosa dan kejahatan. Dosa akan diampunkan dan keadilan yang kekal akan ditegakkan, agar penglihatan dan nubuat itu menjadi kenyataan, dan agar Rumah TUHAN yang suci ditahbiskan semula.


“Kamu akan melihat ‘Bencana yang Dahsyat’ yang dikatakan oleh Nabi Daniel, di tempat yang suci itu. (Catatan kepada pembaca: Hendaklah kamu faham apa maknanya!)


Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka.


Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.


Tetapi janganlah ukur halaman yang di sebelah luar, kerana bahagian itu sudah diserahkan kepada orang yang tidak mengenal Allah. Mereka akan menginjak-injak kota suci itu selama empat puluh dua bulan.


Aku nampak kota suci itu, Yerusalem baru turun dari syurga daripada Allah. Kota itu sudah disiapkan seperti pengantin perempuan yang telah berhias untuk menemui suaminya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan