Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 11:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Para pemimpin umat tinggal di Yerusalem, manakala orang selebihnya mencabut undi untuk menentukan satu daripada sepuluh orang yang harus tinggal di Yerusalem, kota suci itu, sementara sembilan orang yang lainnya tinggal di kota-kota lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 11:1
21 Iomraidhean Croise  

Tiap-tiap puak, sama ada puak besar ataupun puak kecil, membuang undi untuk menentukan pintu gerbang yang harus dikawal mereka.


Itulah para ketua keluarga dan pemimpin yang tercatat dalam salasilah mereka. Mereka tinggal di Yerusalem.


Semua orang Israel didaftarkan menurut keluarga masing-masing. Senarai itu tercatat dalam Kitab Raja-Raja Israel. Penduduk Yehuda telah dibuang ke Babel sebagai hukuman dosa mereka.


Antara mereka yang mula-mula kembali ke tanah milik mereka di kota-kota ialah orang awam, para imam, orang Lewi, dan para pekerja Rumah TUHAN.


Sebahagian daripada suku Yehuda, Benyamin, Efraim, dan Manasye kembali dan tinggal di Yerusalem.


Tiap-tiap tahun kami, rakyat Israel, para imam dan orang Lewi, akan membuang undi untuk menentukan puak mana yang wajib menyediakan kayu api untuk membakar korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah kami, menurut peraturan Taurat.


Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.


Selama masa itu aku menyuruh semua pengawas dan semua pembantu mereka bermalam di Yerusalem, supaya kami dapat mengawal kota pada malam hari dan bekerja pada siang hari.


Di sinilah raja-raja Israel memerintah rakyat dengan adil.


Berdoalah bagi kesejahteraan Yerusalem, “Semoga orang yang mencintaimu menjadi makmur.


Manusia membuang undi untuk mengetahui kehendak Allah, tetapi Allah sendiri yang menentukan jawapannya.


Namun kamu mengaku dengan bangga bahawa kamu warga kota yang suci, dan bahawa kamu bergantung kepada Allah Israel, yang disebut TUHAN Yang Maha Kuasa.


Bangunlah, hai Yerusalem, bangunlah! Kuatkanlah hatimu! Kenakanlah pakaian kebesaranmu! Hai Yerusalem, kota yang suci, orang najis tidak akan memasuki pintu gerbangmu lagi.


Mereka meninggalkan kubur, dan setelah Yesus bangkit daripada kematian, mereka masuk ke Yerusalem. Di sana banyak orang nampak mereka.


Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan.


Lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan, Engkau mengetahui hati semua orang. Yudas sudah meninggalkan tugasnya sebagai rasul dan sudah menerima ganjarannya. Tunjukkanlah yang mana antara dua orang ini yang akan Engkau pilih untuk menjalankan tugas itu bagi menggantikan Yudas.”


Kemudian mereka menentukan pilihan dengan undi dan Matias terpilih menjadi rasul untuk menyertai sebelas orang rasul yang lain.


Yosua membuang undi untuk mengetahui kehendak TUHAN bagi mereka, lalu memberikan sebahagian tanah kepada setiap suku Israel yang belum mendapat bahagian tanah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan