Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:39 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

39 Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:39
12 Iomraidhean Croise  

Oleh itu mereka meninggalkan perkhemahan orang Siria dan kembali ke Samaria. Mereka berseru kepada pengawal-pengawal di pintu kota, “Kami telah pergi ke perkhemahan orang Siria, tetapi kami tidak nampak atau dengar sesiapa pun. Kuda dan keldai mereka masih terikat pada tempatnya, dan perkhemahan itu ditinggalkan begitu sahaja.”


Atas perintah raja, mereka menyediakan stor-stor di kawasan Rumah TUHAN,


dan menyimpan semua persembahan dan persepuluhan di dalam stor-stor itu. Mereka memilih seorang Lewi bernama Konanya sebagai pengurus barang-barang itu, dan adiknya, Simei sebagai penolongnya.


Pada zaman Zerubabel dan juga pada zaman Nehemia, seluruh rakyat Israel memberikan persembahan harian untuk mencukupi keperluan sehari-hari para penyanyi dan pengawal Rumah TUHAN. Rakyat memberikan persembahan yang dikhaskan bagi orang Lewi, dan orang Lewi pula memberikan bahagian yang dikhaskan bagi para imam.


Demi kebaikan Rumah TUHAN, Allah kita, aku berdoa untuk kemakmuranmu.


menyampaikan perintah ini kepada orang Lewi, “Apabila kamu menerima persembahan persepuluhan daripada umat Israel, yang diberikan TUHAN sebagai milik kamu, kamu harus mempersembahkan sepersepuluh daripadanya kepada TUHAN sebagai sumbangan khas.


Setelah kamu mempersembahkan bahagian yang paling baik, kamu boleh menyimpan sisanya, sama seperti seorang petani yang mengambil apa yang tertinggal setelah dia memberikan persembahannya.


Tiada suatu pun yang kamu persembahkan kepada TUHAN boleh dimakan di tempat tinggal kamu: baik persepuluhan gandum, wain, minyak zaitun, ataupun anak sulung lembu dan anak sulung domba, pemberian yang kamu janjikan kepada TUHAN, persembahan sukarela, ataupun persembahan lain.


Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan