Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:37 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

37 Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

37 Tepung barli hasil pertama kami, persembahan khusus kami, buah segala pokok, air anggur, dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik di Bait Allah kami. Sepersepuluh daripada hasil tanah kami akan kami bawa kepada bani Lewi, kerana bani Lewilah yang memungut persembahan sepersepuluh di segala kota pertanian kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

37 Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:37
23 Iomraidhean Croise  

Tiap-tiap keluarga harus membawa dua buku roti, sebagai persembahan istimewa kepada TUHAN. Tiap-tiap buku roti harus dibuat daripada dua kilogram tepung terbaik yang bercampur ragi. Roti ini harus dipersembahkan kepada TUHAN sebagai korban daripada tuaian gandum yang pertama.


TUHAN berfirman, “Semua persepuluhan yang dipersembahkan umat Israel kepada-Ku akan Kuberikan kepada orang Lewi. Itulah ganjaran bagi pekerjaan mereka di Khemah-Ku.


Kemudian aku memerintahkan supaya upacara penyucian dilakukan bagi bilik-bilik itu. Setelah itu aku menyuruh orang mengembalikan semua peralatan Rumah TUHAN, persembahan biji-bijian dan kemenyan ke bilik-bilik itu.


Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.


tiap-tiap orang harus mengumpulkan hasil pertama tanamannya dan memasukkannya di dalam sebuah bakul. Kemudian kamu harus membawanya ke satu tempat beribadat itu.


Para imam harus diberikan hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak zaitun, dan bulu domba.


Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.


Sekarang Aku bertanya kepada kamu, ‘Bolehkah manusia menipu Allah?’ Tentu tidak. Tetapi kamu menipu Aku juga. Kamu bertanya, ‘Bagaimana?’ Aku menjawab, ‘Dalam hal memberikan persepuluhan dan persembahan.’


Semua penduduk Yehuda membawa persepuluhan daripada kawanan lembu dan domba mereka. Mereka juga membawa banyak hadiah lain, yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah mereka.


Jika kepingan pertama daripada sebuku roti diberikan kepada Allah, seluruh roti itu menjadi milik Allah. Jika akar pokok dipersembahkan kepada Allah, cabang-cabang pokok itu pun milik-Nya.


“Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.


Aku juga mendapati para pemuzik dan orang Lewi sudah meninggalkan Yerusalem dan kembali ke ladang-ladang mereka, kerana rakyat tidak mencukupi keperluan hidup mereka.


Kemudian seluruh rakyat Israel mulai lagi membawa persembahan persepuluhan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun ke Rumah TUHAN.


“Tahbiskanlah semua anak lelaki sulung bagi-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan adalah kepunyaan-Ku.”


kamu mesti mempersembahkan setiap anak lelaki sulung kepada TUHAN. Setiap anak jantan sulung ternakan kamu adalah kepunyaan TUHAN.


Tiap-tiap anak sulung manusia ataupun anak sulung binatang yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada-Ku, menjadi milikmu. Tetapi tiap-tiap anak sulung manusia dan juga anak sulung binatang haram harus ditebus.


Daging korban itu milikmu, sama seperti dada dan paha kanan binatang yang dipersembahkan kepada-Ku sebagai persembahan istimewa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan