Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:36 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

36 Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

36 Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

36 Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:36
14 Iomraidhean Croise  

Sebaik sahaja perintah itu diumumkan, umat Israel membawa persembahan gandum yang terbaik, wain, minyak zaitun, madu, dan hasil tanaman yang lain. Mereka juga membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka.


Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,


Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.


“Tahbiskanlah semua anak lelaki sulung bagi-Ku. Setiap anak lelaki sulung orang Israel, dan setiap anak jantan sulung ternakan adalah kepunyaan-Ku.”


Tiap-tiap tahun, bawalah hasil pertama yang terbaik daripada tanaman kamu, ke rumah TUHAN, Allah kamu. Jangan masak anak domba atau anak kambing di dalam air susu induknya.”


Setiap anak lelaki sulung dan anak jantan sulung ternakan adalah milik-Ku.


Bawalah seluruh persepuluhan kamu ke Rumah-Ku supaya ada banyak makanan di sana. Ujilah Aku, maka kamu akan nampak Aku membuka tingkap-tingkap syurga dan melimpahi kamu dengan segala yang baik.


Orang yang sedang menerima ajaran Kristus, harus memberi gurunya bahagian sepatutnya daripada semua yang baik yang dimilikinya.


Di tempat itu kamu harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban-korban lain, persepuluhan dan persembahan lain, pemberian yang kamu janjikan kepada TUHAN, persembahan yang dipersembahkan dengan sukarela, dan juga anak sulung lembu, serta anak sulung domba kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan