Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:30 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

30 Kami tidak akan memberi anak perempuan kami kepada bangsa-bangsa negeri ini dan kami tidak akan mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri para anak lelaki kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:30
15 Iomraidhean Croise  

Belum pernah ada seorang raja yang seperti Raja Yosia, yang mengabdi kepada TUHAN dengan segenap hati, serta menunjukkan pengabdian itu dalam cara hidup dan perbuatan baginda, sesuai dengan seluruh Taurat Musa. Sesudah Raja Yosia, tiada lagi raja yang seperti baginda.


Baginda berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN, untuk taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwanya, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu. Segenap penduduk negeri itu berjanji untuk berpegang kepada perjanjian itu.


Raja berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN bahawa baginda akan taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwa, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu.


Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:


Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.


Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.


Demikianlah aku menyucikan bangsa Israel daripada segala pengaruh asing. Aku menyediakan peraturan bagi para imam dan orang Lewi supaya masing-masing mengetahui tugasnya.


Pemimpin-pemimpin itu menjawab, “Baiklah, kami akan melakukan seperti yang tuan katakan. Kami akan memulangkan semuanya tanpa menuntut pembayaran daripada mereka.” Kemudian aku memanggil para imam, lalu menyuruh para pemimpin itu bersumpah di hadapan mereka, supaya janji yang diucapkan para pemimpin itu betul-betul dilaksanakan.


Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah, untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.


Anak-anak lelaki kamu mungkin akan berkahwin dengan anak-anak perempuan mereka, yang akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu tidak lagi setia kepada-Ku, dan menyembah tuhan-tuhan lain.


kaum wanita, kanak-kanak, dan orang asing yang tinggal bersama dengan kamu, yang memotong kayu serta mengambil air untuk kamu.


Jangan berkahwin dengan mereka, dan jangan biar anak-anak kamu berkahwin dengan mereka,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan