Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:29 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

29 menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:29
38 Iomraidhean Croise  

Tetapi Raja Yehu tidak taat kepada Hukum TUHAN, Allah Israel, dengan segenap hatinya. Sebaliknya, baginda mengikut perbuatan Raja Yerobeam, yang telah menyebabkan umat Israel berdosa.


Baginda berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN, untuk taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwanya, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu. Segenap penduduk negeri itu berjanji untuk berpegang kepada perjanjian itu.


Antara mereka yang mula-mula kembali ke tanah milik mereka di kota-kota ialah orang awam, para imam, orang Lewi, dan para pekerja Rumah TUHAN.


Raja berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN bahawa baginda akan taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwa, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu.


Oleh itu, ya TUHAN, Allah Israel, tepatilah juga janji yang satu lagi kepada bapaku. Engkau berfirman kepadanya bahawa daripada keturunannya, akan sentiasa ada seorang untuk memerintah sebagai raja Israel, asalkan mereka taat kepada Taurat-Mu seperti Raja Daud.


Aku menegur kaum lelaki itu dan mengutuk mereka. Aku memukul mereka dan mencabut rambut mereka. Kemudian aku menyuruh mereka bersumpah demi nama Allah bahawa tidak sekali-kali mereka ataupun anak-anak mereka akan berkahwin dengan orang bangsa asing lagi.


Berikut ialah senarai puak pekerja di Rumah TUHAN yang kembali dari pembuangan: Ziha, Hasufa, Tabaot, Keros, Sia, Padon, Lebana, Hagaba, Salmai, Hanan, Gidel, Gahar, Reaya, Rezin, Nekoda, Gazam, Uza, Paseah, Besai, Meunim, Nefusim, Bakbuk, Hakufa, Harhur, Bazlit, Mehida, Harsa, Barkos, Sisera, Temah, Neziah, dan Hatifa.


Oleh itu Ezra membawa kitab itu ke hadapan semua orang yang berkumpul. Mereka terdiri daripada lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang dapat memahami kandungan kitab itu.


Di lapangan itu, dekat pintu gerbang, Ezra membaca Taurat itu kepada mereka dari pagi hingga tengah hari, dan mereka semua mendengar dengan penuh perhatian.


Oleh sebab segala yang sudah berlaku itu, kami umat Israel membuat perjanjian yang kukuh dan bertulis, dan yang dimeteraikan oleh para pemimpin kami, orang Lewi, dan imam kami.


supaya umat-Nya taat kepada hukum-Nya, dan melakukan segala perintah-Nya. Pujilah TUHAN!


Aku akan menepati janji yang aku buat dengan sumpah, untuk mentaati peraturan-Mu yang adil.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Gitit. Mazmur Daud.


burung di udara dan ikan di laut, serta segala makhluk di dalam lautan.


TUHAN akan mengasihani umat-Nya Israel dan memilih mereka lagi sebagai milik-Nya sendiri. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri, dan orang bangsa asing pun akan datang dan tinggal bersama-sama mereka di sana.


TUHAN menyuruh aku berkata kepada mereka, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku, TUHAN, telah memberikan perintah supaya kamu mesti taat kepada-Ku dan mematuhi hukum yang telah Kuberikan kepada kamu.


Beberapa hari yang lalu, kamu melakukan perkara yang menyukakan hati-Ku. Kamu semua bersetuju untuk membebaskan sesama bangsa kamu yang menjadi hamba. Kamu membuat perjanjian di hadapan-Ku di Rumah-Ku, tempat Aku disembah.


Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke dalam hati kamu agar kamu menurut hukum-Ku dan melaksanakan semua perintah yang telah Kuberikan kepada kamu.


Kamu harus suci dan menjadi milik-Ku semata-mata, kerana Akulah TUHAN dan Aku suci. Aku sudah memisahkan kamu daripada bangsa-bangsa lain, supaya kamu menjadi milik-Ku semata-mata.


Ingatlah ajaran hamba-Ku Musa. Ingatlah hukum dan perintah yang Kuberikan kepadanya di Gunung Sinai untuk ditaati semua orang Israel.


biarlah TUHAN menjadikan namamu suatu kutuk antara bangsamu. Kemaluanmu akan mengecut dan perutmu mengembung.


Allah memberikan Taurat melalui Musa, tetapi melalui Yesus Kristus, Allah menyatakan kasih-Nya dan kesetiaan-Nya kepada kita.


Kamu sahabat-sahabat-Ku, jika kamu melakukan apa yang Aku perintahkan.


Bukankah Musa yang memberikan Taurat kepada kamu? Tetapi tidak seorang pun antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapakah kamu mahu membunuh Aku?”


Apabila dia tiba di Antiokhia dan melihat Allah memberkati orang di situ, dia bersukacita. Lalu dia menggalakkan mereka semua supaya tetap setia kepada Tuhan dengan sepenuh hati.


Beberapa orang mengikut Paulus dan percaya kepada Yesus. Antara mereka termasuk Dionisius, anggota mesyuarat Areopagus dan seorang wanita bernama Damaris serta beberapa orang lain.


Janganlah percaya kepada mereka, kerana lebih daripada empat puluh orang akan bersembunyi untuk menunggu dia. Mereka sudah bersumpah tidak akan makan atau minum sehingga mereka membunuh Paulus. Sekarang mereka sudah siap dan sedang menunggu jawapan tuan.”


Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi berpegang kepada apa yang baik.


Kita mematuhi Taurat yang diberikan Musa kepada kita; itulah milik bangsa kita yang paling berharga.


Musa mengumpulkan semua orang Israel lalu berkata kepada mereka, “Hai umat Israel, dengarlah semua hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Pelajarilah semua hukum ini dan taatilah semuanya dengan setia.


Hai umat Israel, pastikanlah bahawa kamu melakukan segala yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu. Jangan langgar satu pun hukum-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan