Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada materai perjanjian itu terdapat nama-nama orang ini: Pembesar Nehemia anak Hakhalya dan Zedekia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Orang pertama yang menandatanganinya ialah Gabenor Nehemia anak Hakhalya. Dia diikuti oleh Zedekia, dan kemudian oleh orang yang berikut:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:1
11 Iomraidhean Croise  

Baginda berdiri di sisi tiang yang khas untuk raja, lalu membuat perjanjian dengan TUHAN, untuk taat kepada-Nya, dan menurut hukum serta perintah-Nya dengan segenap hati dan jiwanya, serta memenuhi segala syarat perjanjian yang tercatat di dalam kitab itu. Segenap penduduk negeri itu berjanji untuk berpegang kepada perjanjian itu.


Marilah kita bersumpah kepada Allah bahawa kita akan mengusir semua perempuan itu dan anak-anak mereka. Kami akan menurut nasihat tuan dan nasihat orang yang menjunjung perintah Allah. Kami akan taat kepada Taurat Allah.


Gabenor negeri Yehuda melarang mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada Allah, sehingga ada seorang imam yang dapat meminta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.


Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya. Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.


Para imam: Seraya, Azarya, Yeremia, Pasyhur, Amarya, Malkia, Hatus, Sebanya, Malukh, Harim, Meremot, Obaja, Daniel, Gineton, Barukh, Mesulam, Abia, Miyamin, Maazya, Bilgai, dan Semaya.


Kami bersumpah tidak akan berkahwin dengan orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami.


Gabenor wilayah Yehuda melarang mereka makan makanan yang dipersembahkan kepada Allah, sebelum ada seorang imam yang dapat minta petunjuk dengan menggunakan Urim dan Tumim.


Banyak orang yang memberikan sumbangan untuk menanggung biaya perbaikan Rumah TUHAN: Gabenor: - 8 kilogram emas - 50 mangkuk upacara - 530 jubah imam Pemimpin puak: - 168 kilogram emas - 1,250 kilogram perak Rakyat: - 168 kilogram emas - 140 kilogram perak - 67 jubah imam


Apabila rakyat mendengar pembacaan Taurat itu, mereka begitu terharu sehingga mereka menangis. Oleh itu Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu, dan orang Lewi yang sedang menghuraikan Taurat itu memberitahu rakyat, “Hari ini hari yang khas untuk TUHAN, Allah kamu. Oleh itu janganlah bersedih atau menangis.


Oleh sebab segala yang sudah berlaku itu, kami umat Israel membuat perjanjian yang kukuh dan bertulis, dan yang dimeteraikan oleh para pemimpin kami, orang Lewi, dan imam kami.


Selepas itu Musa mencatatkan segala perintah TUHAN. Awal pagi esoknya, Musa membina sebuah mazbah di kaki gunung itu, lalu mendirikan dua belas buah batu; setiap batu mewakili salah satu suku Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan